Kumpulan K-Pop terkenal BigBang berjanji akan kembali ke Malaysia selepas jatuh cinta dengan ribuan peminat di negara ini.
Hadir untuk menjayakan konsert 2016 BigBang MADE (VIP) Tour di Kuala Lumpur di Stadium Merdeka pada Sabtu lalu teryata disambut meriah oleh peminatnya.
Tidak dinafikan kedatangan mereka sememangnya di tunggu-tunggu oleh VIP (gelaran peminat) sejak hari pertama pengumuman mengenai acara ini di di hebahkan.
Sejak awal pagi lagi peminat sudah berbaris di hadapan pintu masuk walaupun hanya dibenarkan memasuki kawasan pentas pada jam 6.30 petang semuanya gara-gara mahu mendapatkan tempat terbaik untuk melihat persembahan idola mereka itu.
Kira-kira jam 7.45 malam, anggota kumpulan BigBang, G -Dragon (GD), Taeyang, Seungri dan Daesung muncul ke pentas dengan gaya santai sambil tersenyum dan melambaikan tangan ke arah peminat.
BigBang memberikan sedikit kelainan kali ini apabila tirai konsert dimulakan dengan tiga segmen permainan diantara ahli kumpulan tersebut iaitu ‘Play Game’, ‘Resque The Bottle’ dan ‘Cheek to Cheek’.
Melihatkan telatah lucu empat jejaka itu bersungguh-sungguh bertanding sesama sendiri untuk menjadi juara membuatkan peminat mula bersorak dengan kuat.
Selesai segmen tersebut, pentas kembali hangat apabila muzik lagu Loser dimainkan dan peminat mula menyanyikan lagu tersebut.