Britney Spears, Spice Girls, Backstreet Boys, NSYNC, Mariah Carey, Nirvana, Madonna, Kylie Minogue dan ramai lagi! Selebriti kelahiran 90an adalah yang paling ‘meletop’ bagi penulis!
Selain muziknya yang banyak berentak R&B Kontemporari, Grunge, Rock Alternatif, Hip-Hop, dan Pop, fesyen yang diketengahkan oleh selebriti popular waktu itu juga adalah sangatlah stailo sehingga menjadi ikutan para obsesi fesyen ketika itu.
Seperti yang kita semua tahu, dalam banyak-banyak zaman, era 90an boleh dianggap sebagai era yang penuh dengan palitan warna-warna neon serta pastel. Dari cara ikatan rambut, warna gincu, penggunaan pengilat bibir dan penggayaan fesyen berjenama seperti Tommy Hilfiger, Versace, Channel dan FILA, semuanya merupakan sebuah sinergi ikonik yang melambangkan jiwa 90an.
Di sini Wanista kongsikan bersama dengan anda, antara inspirasi fesyen 90an yang boleh anda praktikkan jika benar jiwa anda adalah jiwa seorang fashionista yang tegar!
#1 Warna jingga adalah sejenis warna yang terang dan ceria. Namun begitu, anda boleh sertakan rona merah jambu dan mint bersama agar tampak lebih feminin.
Lihat sahajalah beg sandang lutsinar itu! Pasti comel jika anda yang membawanya kan?
Hiaskan juga diri dengan tambahan seperti aksesori anting-anting pom-pom dan kalau hendak betul-betul mendalami kehidupan remaja era itu, kunyahlah gula-gula getah. Anda kini siap untuk digelar gadis 90an!
#2 Buat si gadis berjiwa eksentrik, warnakan bibir dengan gincu rona hitam untuk menyerlahkan gaya gothic anda.
Topi baseball turut bisa menyerlahkan gaya, disertai seluar jeans berpotongan lebar serta padanan blaus bercetak kotak-kotak ala Scottish Plaid.
Yup! Gadis 90an memang gemar gayakan sepatu jenis Platform Wedges dan tali pinggang berantai. Anda berani? Cubalah!
#3 “I am Barbie Girl! In a Barbie World!”
Kalau dah suka warna merah jambu, jangan segan untuk ‘menyimbah’ rona itu keseluruh tubuh anda. Cuba gandingkan mini skirt denim warna pink dengan jaket windbreakers rona neon kerana jaket jenis ini memang menjadi idaman semua para peminat fesyen tahun 90an!
Boot lutsinar serta beg pinggang (Fanny Pack) juga menjadi kegilaan anak remaja waktu itu! Ranggi dan cool nya!
#4 Buat anda yang gemarkan gaya elegen seperti datin-datin tahun 90an, ha boleh cuba padankan blaus berpotongan longgar yang diinspirasi dari rekaan halus Gianni Versace bersama Mom Jeans!
Kebanyakkan wanita zaman itu mementingkan solekan kening yang nipis dan tajam, jangan lupa gunakan pensil alis yang tajam supaya senang untuk mengukir! Sebagai aksesori, serlahkan gaya dengan sepasang subang mutiara serta sepit rambut motif rama-rama! Sepit rambut rama-rama adalah perhiasan rambut popular era 90an!
Anda boleh gulungkan rambut untuk dapatkan gaya rambut kerinting bak Mariah Carey serta sarungkan sepatu tinggi berperincian bulu-bulu sebegitu! Pasti nampak asyik!
#5 Alahai comelnya apabila menggayakan sepasang Overall denim ini bersama sepatu sneakers!
Setiap kali bergaya, jangan lupakan rambut. Anda boleh ikat separuh bahagian rambut dengan getah jenis scrunchie berwarna terang untuk melengkapkan gaya 90an yang anda bawakan itu!
Beg jerut juga merupakan salah satu item fesyen popular era 90an! Sumbat semua barang harian anda di dalam itu okay?
#6 Biker Jacket tidak semestinya harus berwarna hitam. Cuba gandingkan dress labuh berbutang tanpa lengan ini bersama biker jacket rona mint, ia pasti lebih menawan apabila ditambah dengan palitan rona nude sebagai pewarna bibir yang matte.
Jangan ketawa, kerana jam tangan Baby G sememangnya sangat popular digayakan oleh anak-anak muda waktu itu! Oh, ikatkan bandana di kepala pasti bantu anda kelihatan lebih ranggi ala gadis 90an.
#7 Bucket Hat adalah antara aksesori kepala yang sering digayakan pada era 90an. Padankan skirt kembang paras lutut bersama baju kait berperincian leher tinggi (turtle neck) untuk hasil gaya elegen.
Meskipun memakai sepatu tinggi jenis Mary Jane, anda masih lagi boleh menyarungkan sarung kaki berenda untuk mewujudkan aura seksi kawaii! Jangan lupa pengilat bibir jika mahu bibir mungil seperti Scarry Spice, Sporty Spice, Baby Spice, Ginger Spice dan Posh Spice! Solekan mata menggunakan warna-warna terang seperti biru dan jingga juga memainkan peranan 🙂
Selamat berfesyen!