Siapa sangka, beg plastik berzip yang lazimnya diguna untuk memuatkan selimut tebal atau lebih dikenali sebagai ‘toto’ itu kini mendapat perhatian jenama fesyen termahsyur seperti Balenciaga sehingga ditayangkan pada acara gilang-gemilang di pentas peragaan Milan!
Seperti biasa, rakyat Malaysia gemar benar mewujudkan sesuatu yang diluar jangkaan. Netizen terus-menerus memuat naik serta menjadikan foto model memperagakan koleksi musim Bunga/Panas 2017 Balenciaga yang pastinya sedang menjinjing beg tangan bersaiz jumbo, kelihatan seperti ‘beg toto’ itu sebagai bahan jenaka.
Tidak ketinggalan, pereka fesyen kesayangan Malaysia, Rizalman Ibrahim juga turut berkongsi imej-imej dari pentas peragaan terkini Balenciaga itu di Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/BLEFRzqAlcJ/?taken-by=rizalman71&hl=en
Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama Balenciaga melahirkan rekaan yang nampak ‘murah’ menerusi koleksi beg tangan berjenama.
Pada bulan Mac lalu, pereka Demna Gvasalia melancarkan koleksi beg tangan bersaiz bersar yang memanfaatkan corak jalur berwarna-warni yang kelihatan serupa dengan beg pasar.
Bagaimana pun, Jabatan Harta Intelek Thailand kemudiannya menyatakan bahawa tidak ada sesiapu yang berhak menyaman Balenciaga. “Meskipun rekaan beg berjalur warna-warni tersebut kelihatan sama seperti beg pasar yang selalu diguna pakai oleh orang ramai terutamanya masyarakat Asia, saiz serta material yang digunakan yang adalah berlainan.”