Umum tahu, kanser payudara adalah pembunuh nombor satu dunia didunia. Tahun 2016 ini, Kumpulan Estee Lauder (The EsteeLauder Companies’ Breast Cancer Awareness (BCA) Campaign) meneruskan program kesedaran mengenai kanser payudara dengan mengangkat solidarity “Take Action Together to Defeat Breast Cancer”. Kempen BCA 2016 mengajak semua wanita, lelaki dan keluarga bersatu mengambil langkah menyokong kempen ini di BCAcampaign.com dan media sosial.
Laman web global BCA, BCAcampaign.com, sebuah laman komuniti penghidap kanser payudara yang memberi pelbagai bentuk pengetahuan dan sumber mengenai kanser payudara melalui kajian spesifik dan cara yang nyata. Selain itu, jenama ikonik Kumpulan Estee Lauder di Malaysia seperti Estee Lauder dan La Mer bekerjasama didalam kempen BCA 2016 dengan menjual produk Pink Ribbon Products sempena misi mencegah kanser payudara melalui pendidikan dan kajian perubatan.
- Estee Lauder Pink Perfection Color Collection; RM 240
Palet solekan kompilasi empat warna pembayang mata Pure Color Envy Eye Shadows, pemerah pipi Pure Color Envy Blush dan Pure Color Envy Lipstick. Didatangi dengan bekas berzip berwarna merah jambu yang mudah untuk dibawa kemana-mana.
2. La Mer The Lip Balm; RM 240
Pelembab bibir dengan bungkusan edisi terhad pada bulan Oktober sempena kempen kesedaran kanser payudara. Krim pelembab bibir ini dibuat khas dari Miracle Broth yang merawat dan mengawal kelembapan kulit bibir dan menghalang bibir menjadi kering.
Aktiviti yang bakal dijalankan di Malaysia ialah :
- Pameran Fotografi
Estee Lauder kolaborasi bersama pelajar The One Academy tahun ini bagi merakam gambar hitam putih dengan subjek mereka diwarnakan dengan warna merah jambu khas dengan tema “Take Action Together to Defeat Breast Cancer” . Gambar yang terpilih akan dipamerkan di Mid Valley Megamall, Pavillion, Komtar JBCC dan Gurney Plaza sepanjang Oktober ini.
- Feel Better Beauty Workshop
Dengan usaha yang berterusan Estee Lauder Malaysia akan bertemu dengan bekas pesakit kanser payudara pada 25 Oktober ini. Peserta akan dibawa ke Eastern & Oriental Hotel Penang untuk sesi solekan, dandanan rambut, motivasi diri dan juga sesi fotografi. Bengkel seperti sebagai menyerlahkan ‘bintang’ didalam diri mereka.
- Pink Ribbon Charity Golf
Estee Lauder Malaysia menjemput semua untuk mengambil tempat dalam majlis pengumpulan dana Pink Ribbon Charity Golf. Yuran yang bermula dari harga RM 900 seorang atau RM 3,600 dengan penerbangan, dan kesemuanya akan didermakan kepada yang memerlukan. Setiap peserta akan menerima cenderahati dan berpeluang memenangi hadiah cabutan. Majlis ini akan berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club pada 19 Oktober 2016.
- Online Donation Drive
Orang awam juga boleh melihat pameran seni secara online di www.bcacampaign.com.my dan sambil itu boleh menderma di laman tersebut sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.