Pemenang Oscar Renée Zellweger dan Colin Firth juga disertai oleh Patrick Dempsey meneruskan perjalanan dalam filem komedi kegemaran ramai ‘Bridget Jones’s Baby’.
Setelah berpisah dengan Mark Darcy, Bridget Jones yang berusia 40 puluh memutuskan untuk fokus pada pekerjaan sebagai penerbit berita. Buat pertama kali, semua perancangannya berada dalam kawalannya dengan baik. Tetapi semuanya kucar-kacir apabila di bertemu dengan seorang lelaki Amerika bernama Jack. Paling menggemparkan dia menyedari bahawa dirinya sedang hamil dan dalam usaha untuk mengetahui ayah bayi tersebut.
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 2 Jam 2 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Renee Zellweger, Colin Firth, Patrick Dempsey
Pengarah: Sharon Maguire
Format: 2D
Baiklah, sempena tayangannya yang bakal menemui anda pada 29 September ini, team Wanista berbaik hati ingin memberikan 5 album soundtrack yang menampilkan penyanyi seperti Ellie Goulding, Ed Sheeran, Lily Allen dan banyak lagi.
Untuk menangi album ini, anda hanya perlu berikan slogan seperti berikut:
Kenapa anda ingin menangi album soundtrack? Berikan TIGA sebab.
Syarat Pernyataan:
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
- Jawapan boleh dihantar ke alamat [email protected] dengan tajuk “Bridget Jones’s Baby”
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
- Peraduan ini hanya sah dari 27 September 2016 – 7 Oktober 2016.
- Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
- Pemenang akan diumumkan selepas tarikh tersebut di laman Facebook kami dan portal Wanista.com.