Nama bayi perempuan kepada penyanyi kumpulan Maroon 5, Adam Levine menjadi perhatian umum selepas pasangan itu mengumumkan nama bayi berkenaan.
Menerusi akaun Instagramnya, pasangan tersebut memberikan bayi comel itu dengan nama Dusty Rose, salah satu tona warna untuk pembayang mata.
Isteri Adam Levine, Behati Prinsloo selamat melahirkan anak sulung mereka pada 21 September lalu.
Dalam pada ramai yang berkongsi kegembiraan dengan Levine dan Prinsloo, nama Dusty yang diberikan menjadi perbualan peminat.
Bukan sedikit yang mengkritik nama pilihan mereka itu.
Ini kerana nama itu bukan sahaja pelik, malahan mempunyai maksud yang tidak sesuai.
Dusty membawa beberapa maksud, antaranya ‘berhabuk’, ‘lusuh’ atau ‘kasar’.
Tidak kurang juga yang troll nama berkenaan yang menurut netizen, sering digunakan pada produk kosmetik khususnya gincu bibir dan pembayang mata.
https://twitter.com/nasrissist/status/779051378849132544?ref_src=twsrc%5Etfw
'Dusty Rose Levine' they named they kid after a shade in a eyeshadow palette LMAOOO.
— PINK 🛼 (@astrog1rll) September 22, 2016
Adam in the delivery room: babe what eye shadow are you wearing rn?
Behati: Dusty Rose
Adam: 😍😍😍 that's perfect— barbie (@barbbvader) September 22, 2016
I dont think "dusty rose" works like…i think they were going for the "blue ivy" vibe but just ended up naming a child dusty… https://t.co/yZaOoHsbPJ
— Brokey McNiggerson (@UGRebrand) September 22, 2016
https://twitter.com/lustedafter/status/779053593307467776?ref_src=twsrc%5Etfw
Nama yang dipilih Levine dan isterinya itu meneruskan tradisi nama-nama pelik yang sering menjadi pilihan ramai selebriti Hollywood buat anak mereka.
Antara yang pernah menjadi perbualan adalah Apple (anak kepada vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Gwyneth Paltrow), North West (anak Kanye West dan Kim Kardashian) dan Apollo (anak Gavin Rossdale dan Gwen Stefani).