Manjakan kulit anda dengan kebaikan sebenar susu kambing yang tulen, hasil daripada penternakan kambing yang bebas berkeliaran dengan Koleksi Penjagaan Kulit Badan Susu Kambing daripada Crabtree & Evelyn.
Diperkaya dengan sistem pengaktifan susu yang unik daripada Crabtree & Evelyn, koleksi penjagaan kulit badan ini mengandungi Oat Kernel yang bermanfaat, Bisabolol, Allantoin dan Vitamin E yang melembutkan kulit. Sifat-sifat pelembap seperti kasmir memberikan penjagaan mewah dan keselesaan untuk kulit sensitif. Bahan-bahan ini dicampur bersama bagi menghasilkan penjagaan profesional untuk kulit sensitif, menjadikan kulit lebih selesa.
Koleksi Penjagaan Kulit Badan Susu Kambing daripada Crabtree & Evelyn® ini terdiri daripada gel mandian, mandian susu badan, krim losyen badan, sabun muka dan badan, cecair pencuci tangan dan krim terapi tangan. Tuang, sapu serta urut dengan Koleksi Penjagaan Kulit Badan ini yang diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi untuk menghasilkan mandian seharian yang menakjubkan, serta menjadikan rutin mandian anda lebih indah, serta menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.
Koleksi Penjagaan Kulit Badan Susu Kambing daripada Crabtree & Evelyn boleh didapati di kesemua kedai-kedai Crabtree & Evelyn bermula daripada 15 September 2016.
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Penjagaan Kulit Badan Susu Kambing jenama Crabtree & Evelyn, sila layari www.crabtree-evelyn.com.my atau ikuti Crabtree & Evelyn® Malaysia di Facebook atau Instagram @crabtreeevelynmy.