Uncategorized

Jurugambar Profesional Jean-Paul Goude Jayakan Kempen KENZO x H&M

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Jurugambar Profesional Jean-Paul Goude Jayakan Kempen KENZO x H&M

Sejak 5 dekad lalu, nama besar dalam bidang fotografi seperti Jean-Paul Goude adalah tidak asing lagi. Beliau banyak memegang peranan sebagai orang penting dalam mengelolakan perihal fotografi, mencipta gambar unik untuk nama-nama fesyen serta muzik terhebat di peringkat antarabangsa.

IKLAN
Foto -Kenzo
Foto -Kenzo
Foto -Kenzo
Foto -Kenzo

H&M dengan bangganya mengumumkan kolaborasinya bersama Jean-Paul Goude yang menjadi tulang belakang untuk sesi fotografi khas bagi kempen KENZO x H&M. Kempen ini akan mula dilancarkan pada 17 Oktober nanti sebelum kesemua koleksi KENZO x H&M dipasarkan di seluruh 250 buah gedung H&M seluruh dunia pada 3 November hadapan.

Foto -Kenzo
Foto -Kenzo
Foto -Kenzo
Foto -Kenzo

Jean-Paul Goude sering dikaitkan bersama Grace Jones iaitu seorang penyanyi, aktres, model dan trendsetter yang sering tampil dengan gaya ‘androgini’ bahkan Jean-Paul turut menjadi dalang yang pernah mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna internet ketika Kim Kadarshian menjadi muka hadapan Paper Magazine sambil menayang bahagian belakang tubuh tanpa seurat benang.

333
Foto -Kenzo

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan idola kami, Jean-Paul Gaude adalah ikon yang sebenar. Setiap imej ang dirakamnya untuk kempen KENZO x H&M adalah sungguh bernas dan istimewa berlandaskan nilai personaliti, positiviti serta kebebasan yang dapat dilihat menerusi rekaan helaian pakaian dan aksesori untuk KENZO x H&M,” jelas Carol Lim dan Humberto Leon, Pengarah Kreatif untuk jenama KENZO.

Foto -Kenzo
Foto -Kenzo

Sila layari www.hm.com untuk keterangan lanjut.