Anjing yang bernama Coco ini cukup ‘bertuah’ dihadiahkan 8 buah iPhone 7s dari tuannya. Kini trending di China, gambar Coco bersama iphone 7s miliknya tersebar meluas dilaman sosial Weibo dan mencetus pelbagai reaksi dari nitezen.
Gambar tersebut di muat naik oleh tuan Coco, Wang Sicon yang berumur 28 tahun dan kini memiliki aset sebanyak 430 juta Euro. Anak tunggal kepada lelaki terkaya di China itu juga pernah membeli dua jam tangan digital Apple dan beg tangan berjenama Fendi untuk anjing kesayangannya pada May 2015. Selain itu, Coco selalu dimanjakan dengan perkara yang diluar batasan seekor haiwan seperti majlis sambutan hari jadi dan menaiki kapal terbang di kabin kelas pertama jika melancong ke luar negara.
Wang Sicon merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan tersenarai dikalangan usahawan berjaya dibawah umur 30 di China. Seperti kebanyakan anak orang kaya yang lain, beliau menamatkan zaman kolej di Winchester College – salah sebuah kolej awam paling terkemuka di England dan menyambung pelajaran di bidang falsafah di University College London. Kini beliau bersama sebuah frima ekuiti untuk melabur di beberapa buah syarikat di Beijing.