Hiburan, Info Menarik

17 Fakta Menarik Tentang Emma Watson Yang Anda Tidak Tahu

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
17 Fakta Menarik Tentang Emma Watson Yang Anda Tidak Tahu

Emma Watson atau nama sebenanya Emma Charlotte Duerre Watson adalah seorang pelakon dan model yang berasal dari Inggeris. Watson terkenal kerana melakonkan watak Hermione Granger dalam siri filem Harry Potter sejak berusia sembilan tahun.

IKLAN

Dari tahun 2001 hingga 2011, Watson membintangi kesemua filem-filem Harry Potter, bersama dengan Daniel Radcliffe dan Rupert Grint.

Atas peranannya ini, Watson telah menerima pelbagai jenis anugerah dan meraih pendapatan lebih dari £10 juta. Watson debut ke industri peragaan bersama label mewah Burberry pada tahun 2009.

Jika anda peminat setia pelakon dengan beauty with brain ini, apa yang anda tahu tentang dirinya? Ini Wanista kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Emma Watson.

Foto - www.wattpad.com
Foto – www.wattpad.com

#1 Merupakan pelajar yang bijak pandai. Emma Watson adalah graduan dari Brown University.

#2 Berkelayakan menjadi jurulatih Yoga. Dia mula mengambil yoga dan mula melatih. Kini, Emma disahkan boleh menjadi seorang jurulatih.

#3 Gemar menulis diari. Setiap yang berlaku dalam kehidupannya, akan dicatat dalam diari. Dilaporkan, dia menulisnya setiap malam sebelum tidur. Wow, romantik tau!

#4 Memasak? Yes!. Lebih menggemari masakan rumah daripada hidangan luar, malah Emma dikhabarkan mempunyai bakat dalam masakan.

#5 Peminat Harry Potter. Nak tahu tak filem Harry Potter The Prisoner of Azkaban merupakan filem kegemarannya.

IKLAN
Foto - giphy.com
Foto – giphy.com

#6 Gadis Paris. Dilahirkan di Paris tetapi pindah ke England ketika usia 5 tahun.

#7 Watak Hermione. Dilaporkan, Emma terpaksa datang sesi uji bakat sebanyak 8 kali sebelum dia diambil berlakon.

#8 Emma Watson ditawarkan peranan Cinderella dalam versi live-action tetapi menolaknya. Sebaliknya, watak tersebut dimainkan oleh pelakon Lily James.

#9 Emma memberitahu dia tertarik kepada Tom Felton (Draco Malfoy) ketika penggambaran Harry Potter.

#10 Emma berkata Daniel Radcliffe (Harry Potter) dan Rupert Grint (Ron Weasley) adalah seperti abangnya.

#11 Ulat buku. Emma gemar membaca buku dan merasakan membaca mampu memberinya keseronokan.

#12 Beauty and the Beast. Walaupun menolak watak Cinderella tetapi Emma bakal muncul dalam filem Beauty and the Beast.

Foto - danaskulls.tumblr.com
Foto – danaskulls.tumblr.com

#13 Dia mempunyai seorang abang yang sangat kacak, pernah membintangi iklan kempen Burberry bersama-sama.

#14 Emma menamatkan pengajian di Brown University. Tetapi adakah anda tahu ijazahnya dalam bidang kesusasteraan bahasa Inggeris?

#15 Nutella. Emma mengaku dia sukakan Nutella dan boleh memakannya dengan apa sahaja terutama strawberi.

#16 Lagi satu, Emma mempunyai sedikit obsesi dengan roti bakar.

#17 Sempurna! Ya, tak perlu dijelaskan lagi Emma Watson memang sangat sempurna, kiranya beauty with brain.

Foto - www.tumblr.com
Foto – www.tumblr.com

Sumber : 1 & 2