Berikutan keadaan ekonomi yang agak merumitkan, ia mungkin sedikit sebanyak telah menjejas hobi anda yang gemar membeli-belah, lebih-lebih lagi buat kaum hawa yang tegar benar membuat aktiviti ‘tabur duit’. Justeru, mengikut arus permodenan masa kini, telah banyak wujud platform jualan atas talian melalui akaun Facebook, Instagram, tidak kurang juga dengan gedung atas talian seperti Lazada, 11street dan sebagainya.
Membeli barangan dari luar negara khususnya memerlukan bajet yang lebih meliputi kos penghantaran antarabangsa dari luar negara, tetapi tahukah anda sebuah laman membeli-belah yang digelar EZbuy ada menyediakan servis terbaik dalam menawarkan ribuan produk menarik dari China, Taiwan dan Amerika Syarikat kepada puluhan ribu warga Malaysia sejak kemunculannya pada tahun 2012?
Apa yang menarik, anda bisa membeli-belah mengikut kemampuan tanpa had dan tanpa perlu berfikir panjang tentang bajet kerana pelbagai seleksi harga barangan ada ditawarkan di Ezbuy untuk semua lapisan masyarakat merangkumi item seperti helaian feysen, kelengkapan rumah, aksesori automotif, produk kecantikan dan kesihatan, gajet berteknologi, permainan kanak-kanak dan banyak lagi! Ya! Servis penghantaran antarabangsanya di EZbuy juga adalah paling rendah berbanding apa yang ditawarkan oleh laman jualan atas talian lain.
Ingin penulis kongsikan bersama dengan anda, beberapa item menarik dan unik sekaligus berguna yang boleh anda beli dengan harga serendah RM5 hingga RM10 dari EZbuy!
Kesihatan
Aksesori Gajet
Pakaian
Perkakas Dapur
Kecantikan
Khas untuk individu yang gemar berniaga, anda juga boleh membeli barangan di EZbuy secara pukal dimana kos servis penghantaran yang ditetapkan adalah hanya RM8.80 tanpa mengira saiz mahupun berat bungkusan tersebut, dengan syarat, anda perlu mendaftar sebagai ahli PRIME terlebih dahulu. Hebat bukan? Klik SINI untuk mendaftar.
Demi menghargai para penggunanya, EZbuy akan mengadakan promosi besar-besaran termasuklah jualan kilat bersempena Hari Kesyukuran Sedunia bermula 14 hingga 21 September 2016. Pada Hari Kesyukuran Sedunia itu nanti yang jatuh pada tanggal 21 Sepetember ini, potongan harga sebanyak 80% akan diberikan untuk item terpilih termasuklah beberapa barangan yang boleh dibeli dengan hanya RM1!
Apa tunggu lagi? Layari www.ezbuy.my sekarang untuk membeli-belah secara mewah dengan bajet yang paling rendah! Sebut sahaja apa yang anda mahu, semuanya pasti ada di EZbuy pada kadar murah belaka.
Eksklusif untuk para pembaca portal Wanista yang dikasihi, nikmati potongan harga sebanyak 15% apabila berbelanja di EZbuy dengan memasukan kod “EZMORE“.
Selamat membeli-belah semuanya!