Manjakan bibir anda dengan kelembapan yang tinggi apabila anda menggunakan 3-in-1 Lip Fondue, sejenis pelembap bibir yang membekalkan kelembapan yang tinggi dan manfaat 3-dalam-1 dalam satu produk.
Kini dengan hanya sekali oles, anda boleh mengubah bibir yang kusam kepada bibir yang cantik berkilau dengan sinaran semula jadi.
Mentholatum Lip Fondue baharu yang hadir dalam dua varian, iaitu Aurora 3D Pearl Lip Fondue dan juga Cassis Rose Lip Fondue membekalkan manfaat kepada bibir anda melalui fungsi 3-dalam-1 seperti yang berikut:
- Esen Bibir – Diperkaya dengan ekstrak Royal Jelly, Madu dan Minyak Zaitun yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit bibir anda untuk meningkatkan kelembapan bagi penampilan yang lebih anjal.
- Pelembap Bibir – Dengan tekstur yang amat lembut untuk kelembapan mendalam dan berpanjangan.
- Glos Bibir / Masker Bibir – Dirumuskan dan dipertingkatkan dengan partikel 3D, Aurora 3D Pearl Lip Fondue boleh juga digunakan sebagai “glos”. Sementara itu pula, Cassis Rose Lip Fondue boleh dipakai pada waktu malam atau sebelum tidur sebagai “masker tak perlu bilas” untuk mengekalkan kelembapan bibir sepanjang malam.
Selain daripada itu, Aurora 3D Pearl Lip Fondue dan Cassis Rose Lip Fondue turut hadir dengan SPF yang membantu melindungi bibir daripada sinaran UV. Kedua-dua varian direka khas dengan tiub kunci putar untuk memberikan anda kawalan mudah jumlah pelembap yang digunakan setiap masa. Anda juga boleh menggunakan Lip Fondue pada bibir sebelum bergincu. Untuk mendapatkan hasil optimum, oleskan 2-3 lapisan pada bibir. Dijual pada harga RM17.90 sebatang, ia boleh didapati secara eksklusif di Farmasi Guardian di Malaysia.