Semestinya, hujung tahun adalah waktu yang semua orang nanti-nantikan kerana ramai mahu pergi bercuti dalam tempoh itu, merehatkan diri dan minda sambil berseronok sebelum masuknya tahun yang baru.
Khas untuk para penggemar jenama Kate Spade yang sering tampil dengan item fesyen menarik lagi mempersona, koleksi musim cuti 2016 oleh jenama ini adalah berpaksikan semangat yang disunting dari era disko -memperlihatkan penggunaan rona-rona terang, perincian metalik berkilau serta kebebasan penggayaan yang cukup bergermalapan!
Gaya sofistikated ala bohemian juga ada dimainkan di dalam koleksi istimewa ini selain nilai estetika feminin melalui sentuhan warna merah jambu, corak polka-dot serta material fabrikasi yang berkilat disertai floral romantis.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.katespade.com