Bila sebut sahaja negara Korea Selatan, sudah terbayangkan rakyatnya yang amat mementingkan penjagaan kecantikan kulit wajah. Baik wanita dan lelaki, kedua-duanya sama naik mengikuti rejim penjagaan untuk mendapatkan kulit yang baik.
Bermula dari urutan wajah, kepingan mask yang ada dipakai di mana sahaja, penyembur wajah, adegan tampar menampar di wajah sehinggakan yang terkini merendam wajah ke dalam besen berisi air selama 30 saat. Hah? Bunyinya agak pelik tapi ramai mengatakan teknik ini berkesan.
Untuk pengetahuan anda, teknik kecantikan ini dikenali dengan nama Jamsu yang bermaksud tenggelam. Menurut kepercayaan mereka, rendamkan wajah dalam air dapat membuat solekan wajah tahan lama.
Kalau nak cuba melihat keberkesanannya teknik ini, anda hanya perlu lakukan;
Pertama, pakai mekap seperti biasa. Taburkan bedak bayi ke wajah, sebanyak yang anda suka. Sediakan besen berisi air. Sekarang bersedia untuk tenggelamkan wajah dalam besin, tahan nafas hingga 30 saat.
Akhir sekali, lap muka dengan tuala kering. Dan lihat, wajah anda kelihatan cukup sempurna malah solekan di wajah lebih baik berbanding yang awal dan ianya tahan lama.