Nestlé Malaysia memperkenal produk NESTUM terbaru, dengan pelancaran rasmi minuman NESTUM Grains & More Banana Caramel, satu-satunya dan yang pertama keluaran NESTUM diperbuat daripada pisang, karamel, dan empingan multibijirin, dikenali umum sebagai AROMALICIOUST M NESTUM.
NESTUM Grains & More Banana Caramel adalah jawapan kepada pencarian kalangan pengguna yang idamkan minuman berkhasiat dan menyegar yang merangsang kesegaran sepanjang hari yang cukup sibuk.
Miss Cher Siew Wei, Pengurus Kesejahteraan Korporat Nestlé Malaysia, menjelaskan tentang penggunaan pisang dalam produk terbaru NESTUM ini.
“Pisang mengandungi serabut diet berkebagusan alami manakala setiap hidangan NESTUM Grains & More Banana Caramel telah diadun secara teliti dengan lebih 00% vitamin C1 serta memberi sumbangan 40% kepada keperluan harian1 vitamin C,” jelas beliau.
Bersempena dengan pelancaran minuman terbaru ini, NESTUM bakal memulakan kempen kerjasama dengan tokoh ternama yang berpengaruh seperti penyanyi Hunny Madu, atlit Ironman Karen Siah, dan pengasas jenama pakaian sukan Ash Be Nimble yang juga warga tempatan Hui Mathews. Melengkapi kempen tersebut, NESTUM mempelawa semua rakyat Malaysia untuk menyertai gagasan #BananamelChallenge ke arah memajukan tabiat memakan snek sebagai sajian segera yang lebih sihat lagi seimbang.
Minuman aneka bijirin NESTUM Grains & More Banana Caramel kini boleh diperoleh di pasar raya dan pasar raya besar utama di seluruh negara dan dijual pada harga runcit RM 11.53 setiap pek yang mengandungi 12 sacet.
Sila kunjungi laman Facebook NESTUM MALAYSIA atau layari www.nestum.com.my untuk mendapat maklumat lanjut tentang NESTUM dan #BananamelChallenge