“The Nightscape of Light Sensation – Love Series”
Kira-kira 30,000 kuntum bunga ros putih LED ditanam di atas tanah dan membentuk bunga kebangsaan negara. Acara ini mendapat anugerah dari Guiness World Record iaitu “The Most LED Lights Lit in Relay”. Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke di Tapak Ekspo Malaysia, Serdang (MAEPS) sejak dibuka pada 7 September yang lalu. Bayaran tiket yang dikenakan, RM 20 untuk dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Pengunjung boleh melihat keindahan panaroma bunga berlampu ini bermula pada jam 5 petang hingga 12 malam. Sebelum ini, acara yang sama diadakan di Tokyo Midtown, Jepun sebanyak 549 lampu LED dinyalakan serentak pada 25 April 2015.
Pelbagai kreativiti fotografi dimuat naik oleh pengunjung di ruangan media sosial untuk berkongsi keindahan malam yang dihiasi bunga ros putih LED.
https://www.instagram.com/p/BKQsn2cBdl3/?taken-by=sierra16.skystudio
https://www.instagram.com/p/BKSN7koh9xP/
https://www.instagram.com/p/BKQNjkFjuGX/
https://www.instagram.com/p/BKNnSVkDJV_/
https://www.instagram.com/p/BKPvP7LD-_A/
https://www.instagram.com/p/BKQgWoVAO3H/?tagged=lightsensation
https://www.instagram.com/p/BKTeu9ThgxV/?tagged=lightsensation
https://www.instagram.com/p/BKTX8H-hrgR/?tagged=lightsensation
Walaupun acara bermula pada 5 petang, pengunjung mula bersesak ke Serdang sekitar waktu tengahari untuk mengambil tempat hot spot yang sesuai untuk merakam gambar kenangan. Bagi yang belum berkesempatan untuk berkunjung, anda jangan khuatir sehingga 17 September “The Nightscape of Light Sensation – Love Series” dibuka dan tiket boleh didapati di MAEPS atau secara online di ticketcharge.com.my.