Diinspirasikan dari koleksi musim lepas, GIVENCHY memperkenalkan koleksi kaca mata baharu istimewa untuk musim Luruh/Sejuk 2016 yang berpaksikan elemen keperibadian mutlak serta jiwa estetika asli.
Mengetengahkan rekaan ‘unisex’ versatile untuk lelaki dan wanita menerusi campuran material serta reka bentuk lensa dan bingkai bersaiz besar, kini sesiapa sahaja bisa bergaya tanpa batasan dengan aksesori kaca mata dari jenama tersohor kota Paris ini.
Palet rona klasik merangkumi warna lusuh dan terang pula diguna pakai untuk koleksi ini bagi mewujudkan sisi unik dan perbezaan ketara antara lensa serta perincian logam yang diterapkan.
Pada masa yang sama, koleksi kaca mata GIVENCHY untuk musim Luruh/Sejuk 2016 dilengkapi dengan empat elemen gaya utama termasuklah, ‘STYLE’ (cebisan unik yang disertai reka bentuk kukuh dan berseni), ‘ICONS’ (diperhalusi dengan rekaan “signature” GIVENCHY yang digabung dengan trend semasa), ‘STAR’ (dihiasi perincian motif bintang) dan ‘RAVE’ (moden dan terkini disertai sinergi rona-rona terang serta campuran material yang berani).
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.givenchy.com