Filem The Girl on The Train merupakan sebuah filem thriller adaptasi daripada novel karya Paul Hawkins. Filem yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Theroux dan Luke Evans ini diarahkan oleh Tate Taylor.
The Girl on The Train menceritakan tenting kehidupan seorang wanita Rachel Watson yang setiap hari menaiki keretapi ke tempat kerjanya di Kota New York. Dia cuba untuk tidak fokus pada rumah lamanya, yang mana dia pernah tinggal bersama bekas suaminya, Tom, dan mula melihat pasangan yang tinggal berdekatan – Megan dan Scott Hipwell. Dia mula mereka kehidupan impian mereka di dalam fikirannya dengan memanggil mereka “Jess and Jason”, bagaimana mereka menjalani kehidupan sempurna sebagai keluarga. Pada satu hari apabila keretapinya melalui rumah itu, dia melihat sesuatu yang mengejutkan. Pada keesokan harinya dia terjaga dengan sakit kepala dan beberapa kecederaan, dan tidak ingat apa yang berlaku semalam. Dia hanya dapat merasakan sesuatu yang tidak elok telah berlaku. Kemudian televisyen melaporkan “Megan Hipwell telah hilang”. Rachel cuba mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2016
Genre: Misteri / Ngeri
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Theroux, Luke Evans
Pengarah: Tate Taylor
Format: 2D
Okay, penulis ingin beritahu bahawa team Wanista menyediakan 50 pas eksklusif menyaksikan tayangan perdana The Girl on The Train pada 5 Oktober 2016 di GSC 1 UTAMA.
Tarikh: 5 Oktober 2016 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Lokasi: Golden Screen Cinemas (GSC), 1 Utama
Tapi sebelum itu, anda hanya perlu jawab soalan dan slogan yang berbunyi :
- Siapakah penulis novel The Girl on The Train?
- Saya ingin menonton filem The Girl on The Train kerana…
Syarat Penyertaan
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
- Jawapan boleh dihantar ke alamat [email protected] dengan tajuk “The Girl on The Train”
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
- Peraduan ini hanya sah dari 15 September 2016 – 30 September 2016.
- Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
- Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif tayangan perdana filem The Girl on The Train di GSC 1 Utama pada 5 Oktober 2016, bermula jam 9 malam.
Good Luck Semua!