Platform pulangan tunai (Cashback) ShopBack mendedahkan akan membawa kembali Hari Cashback 9.9 kepada pembelinya pada 9 September. Acara selama 24-jam itu mengumpulkan 35 e-dagang dengan Chatime dan Shoppu yang baru menyertai, di mana ia menawarkan peningkatan diskaun dan lebih banyak Cashback di aplikasi ShopBack Malaysia dan gerbang online.
“Kami sangat teruja dengan penyertaan rakan kongsi baru ke dalam ShopBack pada hari yang sangat bermakna ini, ia termasuk jenama teh gaya hidup terkemuka Chatime, projek e-pasaran AEON Shoppu, laman keibubapaan terkemuka Motherhood, pembekal peralatan DIY Aneka DIY, desa percutian semua-dalam-satu Club Med, penghantaran makanan berkhasiat dahmakan, serta stor tayar online yang kian meningkat naik mytayar. Stor online terkenal seperti Agoda, Lazada, Hermo, Groupon, Taobao, Qoo10, Zalora, Tesco, BusOnline Ticket, dan lain-lain, akan memberikan sehingga 99% Cashback dan tawaran RM9.9 juga pada Hari Cashback 9.9,” kongsi Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia.
Berasal dari Amerika Syarikat, ShopBack membawakan model Cashback ke Asia tenggara pada 2014, dengan sasaran untuk membantu semua orang mendapatkan lebih penjimatan menerusi pembelian online. 9 September merupakan tarikh ShopBack Singapura ditubuhkan – kehadiran pertamanya yang menjadi simbol ketibaan konsep Cashback ke rantau ini.
Selain kategori seperti Elektronik, Pelancongan, Kecantikan, Fesyen dan Barangan Runcit, ShopBack juga melihat potensi di dalam syarikat yang menyediakan servis yang meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia seperti Aneka DIY, BusOnline Ticket, dahmakan, mytayar, dan lain-lain.
Menambah kegembiraan dalam acara tersebut, ShopBack telah menyediakan pra-tawaran 9.9 dan pertandingan Facebook kepada orang ramai sejak 1 September. Acara selama satu hari ini disokong oleh AirAsiaBig dan juga Maybank. Nantikan kemunculan https://www.shopback.my/99 untuk tawaran terkini.