Gudang pembekal perhiasan serta perkakas rumah terkemuka, IKEA baru sahaja melancarkan katalog produknya untuk tahun 2017. Menjelang tahun baru yang lebih sensasi, IKEA mengetengahkan konsep tata rias rumah menerusi 5 prinsip rekaan demokratik yang terdiri dari elemen harga rendah, fungsi, bentuk, kualiti serta daya ketahanan.
Katalog IKEA edisi khas untuk tahun 2017 itu dicipta berlandaskan matlamat yang ingin dicapai IKEA sendiri iaitu bagi menawarkan seleksi pilihan bermutu untuk memenuhi keperluan yang bertepatan dengan gaya hidup masyarakat setempat.
Berikutan kepesatan pembangunan masa kini yang menawarkan pelbagai jenis kediaman, tidak kiralah besar mahupun kecil, IKEA mampu mewujudkan keceriaan di dalam ruangan tersebut, lebih-lebih lagi apabila memanfaatkan prisip praktikal yang diisi dengan ciri Rekaan Demokratik. Paling penting, semua barangan yang terdiri dari perkakas dapur, perhiasan dekorasi rumah, perabot serta barangan elektrik IKEA adalah berbaloi untuk kegunaan masyarakat secara majoriti dan bukanlah hanya tertumpu pada sesetengah golongan sahaja.
IKEA komited menjalankan beberapa siri kaji selidik di seluruh pelusuk dunia, berjalan dari rumah ke rumah untuk melihat lebih dekat dan memahami gaya hidup masyarakat dunia bagi menjayakan konsep Rekaan Demokratik (Democratic Design) ini, manakala hasil data yang diperolehi kemudiannya akan digunakan bagi menghasilkan produk yang bertepatan dengan keperluan pengguna secara sistematik.
“Cantik sahaja tidak cukup untuk memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat dunia. Demi menyediakan sesuatu yang bermanfaat dan praktikal untuk semua, kami sebaiknya ingin memberikan barangan kelengkapan rumah yang bukan sahaja berkualiti dan cantik, malah dilengkapi fungsi hebat, mesra alam malah ditawarkan pada harga yang paling rendah,” jelas Leonie Hoskin, Pengurus Projek Life at Home & Range untuk IKEA Asia Tenggara.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.ikea.com <– KLIK