Simple and chic itulah gaya fesyen yang sering dibawa oleh bintang filem sensasi Fifty Shades of Grey, Dakota Johnson. Anak muda Hollywood yang berusia 26 tahun ini selalu menjadi perhatian paparazzi setiap kali berada di Bandar New York dan Los Angeles. Bagi yang sukar untuk mencari padanan pakaian setiap kali untuk hangout bersama rakan atau majlis ringkas. Wanista kongsikan beberapa gaya street fashion dari Dakota sebagai inspirasi anda.
- Mambang Hitam. Ooppss ! Hitam warna paling selamat dan senang untuk digayakan tapi awas, jangan sampai anda kelihatan seperti orang yang tidak suka bersosial. Titipkan sedikit eleman fun dengan kaca mata hitam dan padanan ankle but. Tambah aksesori seperti rantai leher atau cincin sebagai pelengkap gaya anda.
- Sweet chic. T-shirt putih corak vintaj rock’n’roll dipadankan dengan denim high-waist berwarna biru lembut. Dikenakan pula bersama sandal dan cermin mata hitam oversized membuat si pemakai nampak santai dan bersahaja. Dandanan rambut ala puteri dan anting-anting di telinga memberi efek sweet girl pada pelakon Filem How To Be Single ini.
- T-shirt berbelang hitam putih menjadi trend sekitar 80-an tapi kini ia kembali ke dunia fesyen sekarang. Lihat sahaja gaya Dakota yang mengenakan T-shirt berbelang hitam putih bersama jaket denim oversized. Seiring dengan fesyen semasa Dakota menyarung sepatu jenis Loafers bewarna coklat gelap. Beliau tidak takut kelihatan biasa walaupun seorang bintang Hollywood.
- Anda ada temu janji menonton wayang late night ? Baju panas turtle neck coklat dan denim hitam lusuh pasti membuat anda merasa selesa. Clucth bag hitam emas yang dibawa oleh Dakota seakan-akan memberi efek glamour. Aktres yang berasal dari Austin, Texas ini jarang bersolek tebal, jadi beliau bijak menggunakan rambut sebagai alternatif menaik seri wajah. Tiru sahaja stail rambut messy bun Dakota, ianya mudah dan anda boleh lakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa!
- Bosan dengan konsep kasut tumit tinggi dan dress. Ikut sahaja stail Dakota yang selamba mengenakan dress corak bunga bersama sneaker Converse. Penampilan ala boyish ini tidak keterlaluan malah sesuai untuk digayakan pada setiap hari.
Mudah bukan ? Tidak perlu berbelanja besar untuk kelihatan persis aktress Hollywood. Anda cuma perlu yakin, kreatif dan sediakan almari pakaian yang senang untuk dijadikan stail mix & match.