Masalah kulit wajah seperti garis-garis halus dan kasar sekitar dahi, pipi dan bawah mata menyebabkan kadangkala kita kelihatan lebih tua dari umur. Faktor pemakanan dan aktiviti seharian juga memberi pengaruh dalam kesihatan kulit. Ramai yang masih belum mempunyai solusi yang sesuai bagi masalah ini.
Seperti yang kita tahu produk kecantikan dari Korea Selatan sering mendapat perhatian ramai kerana selamat dan keberkesannya. Sorabee, salah satu jenama penjagaan wajah dari negara tersebut mengeluarkan 2 produk yang membantu melambatkan penenuaan dan merawat kulit yang bermasalah.
Essential Oil Sorabee mengandungi 100% minyak dari Bunga Crambe, Bunga Matahari, Buah Zaitun, Biji Anggur dan Jojoba. Setiap sapuan dari minyak ini memberi rawatan anti-penenuaan dan menguatkan tisu kulit supaya kekal tegang. Selain itu, Essential Oil boleh digunakan sebagai penyelamat kepada masalah rambut bercabang.
Kuasa dua magis Sorabee terserlah jika dipakai bersama dengan Krim Anti-Penenuaan yang melawan sebarang tanda penenuaan dan tinggi antioksida. Ekstra dari Kombu dan Anggur Laut menggalakan stimulasi sel bertukar kepada sel baru serta melembabkan kulit. Disamping memastikan kulit kekal lembut dan segar selama 24 jam.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, anda boleh layari Facebook Rasmi Sorabee Malaysia.