Berikutan pengenalan 3 laluan penerbangan baharu yang merangkumi HCMC – Kaohsiung, Hanoi – Taipei dan Haiphong – Seoul, syarikat penerbangan Vietjet dengna berbesar hati ingin memberi 150,000 pas tiket penerbangan percuma kepada semua bernilai USD0 sebagai sebahagian aktiviti dari kempen “It’s 12pm, Let’s Vietjet”.
Promosi ini akan berlangsung pada 6, 7, dan 8 September 2016 dan tertakluk kepada penerbangan ke seluruh laluan yang ditawarkan oleh syarikatnya termasuklah tiga laluan baharu yang diperkenalkan untuk penerbangan dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Mac 2017.
Untuk pengetahuan anda, tiket promosi ini boleh ditempah dari 12 tengah hari hingga 2 petang (Waktu Vietnam) menerusi www.vietjetair.com atau di www.facebook.com/VietjetMalaysia dengan hanya menekan pada paparan “Booking”. Manakala proses pembayaran boleh dibuat secara mudah menggunakan kad debit mahupun kredit Visa, MasterCard, JCB serta American express serta kad ATM kepada 24 buah bank Vietnam terpilih yang berdaftar untuk mengelolakan perbankan internet.
Laluan Hanoi – Taipei akan mula beroperasi setiap hari bermula 30 Oktober 2016 yang mengambil masa selama 2 jam 45 minit untuk sampai ke destinasi. Manakala HCMC – Kaohsiung pula akan dilancar pada 12 Disember 2016 dengan 5 kali penerbangan pergi – balik setiap hari Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad dan akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit untuk setiap penerbangan.
Tidak ketinggalan, laluan penerbangan Haiphong – Seoul juga akan dilancarkan pada 12 Disember 2016 dengna 4 penerbangan pergi-balik setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Ahad dengan tempoh 5 jam untuk setiap penerbangan.yang berlepas dari Cat Bi International Airport.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.vietjetair.com