Demam Akademi Fantasia (AF) 2016, turut ‘berjangkit’ kepada pelakon Adi Putra.
Buktinya Adi telah memuat naik sekeping fotonya memegang sepanduk yang tertera nama salah seorang pelajar wanita AF 2016, Asha di akaun Instagram (IG)nya.
Selain itu Adi turut meminta orang ramai mengundi dan mempromosikan kelab peminat Asha AF 2016.
Melalui kapsyen yang ditulis Adi, dia mahu peminat program berkenaan mengundi pelajar kecil molek itu kerana bakat dimiliknya.
Dalam pada itu Adi sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Asha sehinggakan pengikut di IGnya tertanya-tanya samada mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.