Fu Yuanhui sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila dia dengan jujur memberikan ‘datang bulan’ sebagai jawapan mengapa dia tidak beraksi dengan bagus ketika acara renang wanita 4×100 meter medley berganti-ganti.
Ketika pasukannya sedang ditemurah oleh stesen televisyen, Fu Yuanhui dilihat sedang tertunduk-tunduk kesakitan. Ketika Fu ditanya oleh wartawan CCTV adalah perutnya sakit, Fu pada mulanya meminta maaf kepada ahli pasukan kerana tidak dapat beraksi dengan baik, sebelum mendedahkan dia datang bulan.
Fu Yuanhui tells the world she's on her period after mediocre performance in swimming relay https://t.co/YG0pdX7nTN pic.twitter.com/uYBjxm5q5i
— Shanghaiist (@shanghaiist) August 15, 2016
“Saya datang bulan malam semalam dan saya sangat letih sekarang. Tapi ini bukannya satu alasan, saya masih tidak melakukan yang terbaik,” jelasnya.
Di media sosial China, kenyataan Fu itu mencuri tumpuan kerana di negaranya haid adalah perkara yang tidak diperbualkan umum.
Selain di China, pengakuan Fu itu turut mencuri tumpuan antarabangsa seperti Dailymail, Metro.co.uk dan banyak lagi. Fu sebelum ini turut mencuri tumpuan apabila membuat ekspresi muka yang melucukan selepas terkejut apabila diberitahu dia beraksi dengan cemerlang dalam satu acara berenang yang lain.