Jenama kosmetik mewah dari Jepun, Menard baru-baru ini memperkenalkan formulasi penjagaan wajah yang baru menerusi rangkaian anti-penuaan Menard Embellir -diperkaya dengan 8 ramuan bermutu khas untuk kaum wanita yang mengimpikan keremajaan berkekalan. Ia mengandungi elemen tumbuhan Reshi Merah dan Reshi Hitam yang diekstrak terus menerusi teknologi himpunan unik bagi menggabungkan ekstrak asli cendawan liar jenis Reshi Merah SX serta Reshi Hitam SX yang dimanfaatkan sebagai bahan lembapan terbaik untuk kulit.
Selain daripada ramuan yang hebat, rangkaian Embellir diceriakan dengan keharuaman yang dihasilkan daripada kesinambungan wangian asli yang disunting dari hidupan alam semula jadi seperti olibanum, myrrh dan mawar.
Rangkaian Embellir terdiri daripada Refresh Massage -krim urutan pembersih untuk mencuci solekan serta membekalkan keanjalan pada kulit; Cleansing Foam -Pembersih buih; Toner -melembap, menyah lebih minyak pada kulit wajah serta sel kulit mati; Eye Cream -memberikan kelembutan intensif pada kawasan sekitar mata bagi mengurangkan kedutan; Liquid -cecair magis yang berfungsi sebagai losyen serta emulsi untuk kulit; Extract – serum bertekstur untuk membentuk kenajalan sempurna pada kulit dan akhir sekali ialah Day Cream dan Night Cream.
Kesemua produk ini hadir dalam bekas dan botol mewah berwarna ungu gelap, menyerlahkan lagi aura eksklusif jenama Embellir yang secara tidak langsung mampu menarik perhatian kepercayaan pengguna terhadap kredibiliti rangkaian penjagaan wajah ini. Ia juga adalah merupakan simbol kekuatan terhadap kuasa dan keupayaan Reshi yang sememangnya berkhasiat untuk melahirkan kulit yang remaja sentiasa.
Untuk keterangan lanjut, sila layari menard-cosmetic.com/embellir dan pengguna bisa mendapatkan servis penjagaan wajah intensif berserta barisan produk Embellir melalui pengedar yang tersenarai di laman nipponmenard.com.my/dealers bermula September akan datang.