Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) menyeru para ibu di Malaysia untuk berkongsi pesanan dan kata-kata hikmah dalam kempen terbaru DutchLady iaitu: Mak Kata, Saya Anak Bijak dan berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana dalam majlis jamuan teh. Kempen ini turut menyediakan hadiah wang tunai RM50 untuk 250 orang peserta yang pertama pada setiap minggu sepanjang tempoh peraduan.
Frasa Mak kata digunakan buat pertama kalinya dalam iklan TV Dutch Lady klasik yang disiarkan pada tahun 1983 yang menunjukkan dua orang budak lelaki mengulangi pesanan and kata-kata hikmah ibu mereka. Dengan berilhamkan iklan ikonik tahun 80-an itu, Dutch Lady Malaysia memperkenalkan kempen Mak kata yang pertama pada tahun 2014.
Untuk Scha Alyahya, seorang hos TV, model, pelakon dan juga ibu kepada Lara Alana yang baru berusia dua tahun, tiada apa yang lebih penting daripada melihat anaknya membesar dengan gembira.
“Sebagai seorang anak, nasihat ibu saya merupakan sesuatu yang paling berharga sewaktu saya membesar. Saya melihat ibu sebagai contoh kepada segala perkara yang saya lakukan, dan saya turut memastikan orang lain di sekeliling saya mengetahui apa yang ibu katakan! Ibu saya selalu berkata, “Rupa cantik terletak pada budi pekerti.”
“Kita perlu sentiasa cuba untuk melihat kebaikan dalam semua orang. Malah pada hari ini, dia tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang dan saya cuba untuk mengikuti sifat ibu saya. Inilah satu-satunya nasihat yang saya ingat sampai bila-bila masa.
“Kini sebagai ibu kepada Lara, saya cuba untuk menyemai sifat yang sama seperti yang dilakukan oleh ibu saya sebelum ini. Lara telah menyambut hari lahir yang kedua pada bulan Julai lepas, dan saya berharap anak saya yang sudah mula dikenali ramai sejak lahir lagi boleh menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak yang lain. Kehidupan sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang panjang. Kita mungkin mengajar anak-anak untuk menjadi insan yang baik, tetapi kadangkala mereka yang mengajar kita tentang kebaikan,” jelas Scha.
Peraduan “Mak Kata, Saya Anak Bijak” adalah platform yang sempurna untuk para ibu berkongsi pesanan mak kata yang lucu, menarik atau mengharukan di mana berkaitan dengan kepetahan, kepintaran dan daya imaginasi anak-anak mereka. Seramai sembilan pemenang bersama ahli keluarga mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti terkenal yang juga merupakan seorang ibu iaitu Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana sewaktu jamuan teh.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak” dan butiran peraduan, sila layari laman Smart Moment Dutch Lady Malaysia di https://www.smartmoments.com.my.