September ini, M&S atau Marks & Spencer London akan menyambut ulang tahun kepakarannya dalam penghasilan pakaian dalam wanita menerusi rangkaian M&S Bra yang ke-90. Selama hampir 9 abad bertungkus-lumus menyediakan keperluan untuk wanita dengan mementingkan keselesaan serta gaya yang unggul, kali ini M&S menampilkan koleksi Rosie for Autograph baru untuk musim Luruh/Sejuk berlandaskan kolaborasinya bersama model terkemuka, Rosie Hungtington-Whiteley.
Sudah bertahun lamanya, M&S mengambil langkah profesional dalam menyediakan rekaan pakaian dalam bergaya khas untuk semua lapisan wanita tidak kira saiz mahupun bentuk tubuh. Rata-rata pakaian dalam rekaannya mementingkan elemen keselesaan dengan hanya menggunakan fabrikasi bermutu. Bahkan, M&S memperkenalkan banyak koleksi pakaian dalam berinovasi, sebagai contoh dengan menghasilkan baju dalam berdawai yang boleh dicuci mesin, pakaian dalam sutera serta baju dalam sukan (sports bra) yang berdaya tinggi -dihasilkan oleh pakar pembuat pakaian dalam.
M&S pertama kali memperkenalkan rangkaian pakaian dalamnya pada tahun 1920, dan ia dilihat terus berkembang hingga mencapai ke satu tahap yang boleh dibanggakan.
Berbekalkan teknologi janaan makmal kajiannya yang ditubuhkan awal 1930, M&S mampu meraih anugerah Queens Award ke atas produk-produk inovasinya. Matlamat M&S adalah untuk memberikan keselesaan optimum kepada wanita masa kini yang bukan sahaja aktif, malah terlibat dengan pelbagai tugasan harian yang mencabar.
Koleksi baru Rosie for Autograph menyunting inspirasi dari mawar Jepun, mengetengahkan rekaan elegen bersulam diselangi pula sinergi gabungan kain renda yang halus menawan. Manakala fabrikasi bertekstur mewah seperti kashmir dan sutera banyak diterapkan dalam rekaan kimono serta helaian serta baju tidur.
Palet rona yang menghiasi koleksi pakaian dalam Rosie for Autograph untuk musim Luruh/Sejuk 2016 adalah merangkumi warna-warna menusuk kalbu seperti gangsa, emas, hitam, merah wain, serta kuning langsat. “Tokyo adalah sebuah negara yang berwarna-warni, berlatarkan suasan keindahan alam yang mendamaikan membuatkan kami terpana untuk mengambil inpirasi floral dan fauna negara Tokyo yang bisa menyerlahkan sensasi aura feminin dan kemewahan”, jelas Rosie.
Koleksi M&S Autumn Winter akan mula berada di pasaran tanah air menjelang Sepetember, boleh didapati di semua gedung Marks & Spencer seluruh Malaysia.