Kesihatan, Makanan, Resipi

Resepi Mudah Guna Buah Avocado Sebagai Bahan Utama

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Resepi Mudah Guna Buah Avocado Sebagai Bahan Utama

Avocado kaya dengan pelbagai khasiat terbaik untuk tubuh badan manusia yang disertai Potassium, Serat, Folat, Vitamin K, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E dan Asid Pantotenik. Bahkan, ia sebenarnya mengandungi lebih zat Potassium berbanding pisang. 

IKLAN

Tahukah anda bahawa pengambilan buah avocado dapat menurunkan kadar kolestrol serta tahap trigliserida dalam badan?

Jika anda hendak makan buah avocado sahaja takut muak pula nanti. Jom Wanista senaraikan beberapa resepi mudah yang bisa anda lakukan demi menikmati avocado yang bukan sahaja sedap berlemak (rasanya sehalus butter), malah sihat untuk mereka yang mengamalkan pengambilan makanan sihat!

Roti Bakar Avocado

Foto -aol.com
Foto -aol.com

Bahan: 

  • 2 keping roti bijirin penuh kegemaran 
  • 1/2 avocado
  • 1/2 limau nipis
  • Emping cili sesedap rasa (kisar cili kering)
  • Garam laut kasar
  • Serbuk lada hitam segar

Cara:

  1. Bakar roti sehingga rangup dan garing. Hiris buah avocado yang telah diceduk keluar dari kulitnya menggunakan sudu. Kemudian, hancurkannya secara kasar.
  2. Sapu avocado yang hancur (seperti butter) di atas roti bakar anda.
  3. Belah limau dan oerah ke atas sapuan avocado sesedap rasa.
  4. tabur emping cili, garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  5. Boleh juga tambahkan hirisan tomato mahupun timun untuk lebih kenikmatan!

Wantan Berinti Avocado & Cream Cheese

Foto -budgetsavvydiva.com
Foto -budgetsavvydiva.com

Bahan:

  • 24 keping kulit wantan
  • 1 cawan keju Cheddar (diparut)
  • 2 biji avocado
  • 1 biji telur
  • 8 oz Cream Cheese ringan
  • 2  cawan minyak masak
  • 1/4 cawan air bersih

Cara: 

IKLAN
  1. Hangatkan minyak masak di dalam kuali leper.
  2. Dalam mangkuk, gaulkan bersama keju, avocado (yang telah dilenyek) serta cream cheese.
  3. Ambil sekeping kulit wantan, letakkan dua sudu inti campuran tadi dan kepilkan penhujung kulit wantan sehingga menjadi bentuk segi tiga.
  4. Gunakan air sebagai gam yang akan memegang setiap inci penjuru kulit wantan.
  5. Goreng wantan sehingga garing.
  6. Hiaskan dengan taburan hirisan daun bawang jika mahu!

Ais Krim Avocado Berlimau

Foto -littlebigh.com
Foto -littlebigh.com

Bahan:

  • 2 biji avocado yang telah masak (tapi jangan terlalu lembik isinya)
  • 1 kotak santan (400ml)
  • 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  • Parutan kulit limau nipis
  • 1/4 cawan madu atau maple syrup atau apa sahaja manisan yang anda mahu gunakan

Cara:

  1. Ceduk isi avocado dari cenkerang kulitnya, masukkan ia di dalam pengisar bersama bahan-bahan yang lain (santan & jus limau) dan kisar sehingga halus.
  2. Tambahkan madu atau apa sahaja manisan pilihan anda mengikut citarasa anda.
  3. Masukkan campuran di dalam bekas dan bekukannya. Jika mahu senang, anda boleh menggunakan mesin membuat ais krim.
  4. Jangan lupa taburkan parutan kulit limau nipis tadi.

Nori Gulung Bersama Timun & Avocado

Foto -chocolateandzucchini.com
Foto -chocolateandzucchini.com

Bahan: 

  • 4 keping rumpai laut besar
  • Timun (dihiris halus-halus)
  • Bijan (digoreng sedikit tanpa minyak)
  • 1 biji avocado yang telah masak (dipotong panjang-panjang)
  • Hirisan ayam atau tofu
  • Taugeh panjang
  • Kicap sashimi (cicahan)

Cara:

Foto -chocolateandzucchini.com
Foto -chocolateandzucchini.com
  1. Hamparkan sekeping rumpai laut yang telah dipotong kemas. Pastikan bahagian yang berkilat terletak di bahagian sebelah bawah.
  2. Mula dari penjuru sebelah kiri, susun hirisan timun dari atas hingga bawah sehingga ke penghujung penjuru sebelah kanan. *Pastikan anda tinggalkan ruang sebesar 3 cm supaya boleh digulung dengan mudah.
  3. Taburkan bijan dan serbuk cili (jika mahu)
  4. Susun pula avocado dan taugeh secara memanjang seperti dalam gambar.
  5. Sekarang, pusingkan hamparan kepingan rumpai laut anda supaya ia bertentangan dengan anda. Gulungkan ia dengan kemas.
  6. Gulungkan ia ke atas sehingga sampai ke bahagian rumpai laut yang tidak berinti, bukan ke bawah.
  7. Bapila sampai di bahagian yang ditinggalkan kosong itu, celup jari anda ke dalam air bersih dan sapukan ia ke atas bahagian rumpai laut yang kosong tadi untuk digam pada gulungan nori.
  8. Letakkan ia ditepi dan sambung buat gulungan nori yang lain sehingga habis.
  9. Dengan menggunakan pisau tajam, potong ia dengan sekata (sama saiz). 

Telur Bakar Avocado

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Bahan:

  • 1 biji avocado yang telah masak (dibelah dua)
  • 2 biji telur saiz besar
  • Garam kasar
  • Serbuk lada hitam segar
  • Hot sauce

Cara:

  1. Panaskan oven 350. Letakkan avocado yang telah dibelah di atas dulang pembakar. 
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk, ceduk kuning telur dan letakkan di dalam lubang biji buah avocado.
  3. Dengan perlahan, sudukan sedikit demi sedikit putih telur ke dalam lubang biji yang telah diletakkan kuning telur tadi sehingga penuh berisi.
  4. Pastikan supaya putih telur tidak melimpah keluar.
  5. Taburkan serbuk lada hitam dan garam sebagai perisa.
  6. Bakar selama 10 minit.
  7. Makan dengan hot sauce (sos pedas).

Avocado Crostini Bersama Keju Kambing

Foto -whatsgabycooking.com
Foto -whatsgabycooking.com

Bahan:

  • 6 keping roti perancis 
  • Minyak zaitun secukupnya
  • 1 biji avocado
  • Jus lemon secukupnya
  • garam dan serbuk lada hitam sebagai perisa
  • 2 sudu keju kambing (goat cheese)
  • hirisan daun bawang

Cara:

  1. Susun kepingan roti perancis di atas dulang pembakar.
  2. Renjiskan minyak zaitan ke atas roti dan bakar roti sehingga garing.
  3. Ceduk keluar isi avocado dan masukkan ke dalam mangkuk. Hancurkan ia menggunakan garpu.
  4. Masukkan jus lemon, garam dan serbuk lada. Gaul sebati.
  5. Sapukan campuran avocado ke atas roti yang siap dibakar dan jangan lupa untuk letakkan sekali keju.
  6. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.
  7. Makan dengan segera kerana dikhuatiri roti tersebut akan lemau nanti.

Sup Sejuk Avocado

Bahan:

  • Setengah biji timun (diasingkan bijinya)
  • 1 biji avocado bersaiz serdahana
  • 1 biji bawang besar manis
  • 2 sudu besar yogurt kosong
  • 2 sudu besar daun pudina segar
  • 4 camca teh jus limau nipis
  • 1 1/2 camca teh garam
  • 1/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 1/4 camca teh cumin
  • 1 biji lobak putih

Cara:

  1. Masukkan timun, avocado, bawang besar manis, yougurt, pudina, jus limau, garam, lada hitam, cumin dan 1 cawan air sejuk ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus.
  2. Sejukkan campuran kisaran selama satu jam di dalam peti sejuk. Hidangkan ketika sejuk bersama hirisan lobak putih yang dicelur telebih dahulu.

Selamat mencuba resepi makanan sihat ini!

SUMBER 1 & 2