Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke alam populariti sebagai seorang penyanyi yang berasal dari dearah perkampungan, Taylor Swift dikenali ramai kerana rambut kuningnya yang panjang dan kerinting.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Taylor telah membuat keputusan paling drastik dengan memotong rambutnya sehingga paras bahu. Bahkan, tekstur rambut aslinya yang kerinting itu diluruskan sekaligus mengubah rupa parasnya agar kelihatan lebih matang, Mungkin?
https://www.instagram.com/p/opymMvDvAN/
Tidak hairanlah, walau gaya rambut yang bagaimana sekalipun, Taylor masih kelihatan cantik dan ayu seperti selalu.
Apa yang mengejutkan, hujung minggu lepas, Taylor dilihat telah menggayakan semula gaya rambut persis mula-mula dirinya menjadi selebriti dahulu saat menghadiri majlis sambutan hari jadi teman seperjuangannya, Karlie di The Hamptons, New York.
Girl with curly hair is back!
Tak percaya?
https://twitter.com/TSwiftDailyNews/status/762366948223098880
Apa pendapat anda? Ia mungkin mengejutkan dan mungkin juga bersebab.
Rata-rata peminat menyokong tindakannya kerana peminatnya sendiri yang meminta dirinya untuk menjadi seperti dahulu kembali. Taylor hanya menuruti…