Imbas memori kenangan era lampau yang disisip dengan ciri-ciri kehidupan bandar yang lebih moden.
Baju seragam sukan yang lazimnya hanya dihias dengan perincian jalur berwarna kini diberi nafas baru, menjadikan setiap helaian lebih bermakna dengan memanfaatkan corak cetakan abtrak demi mewujudkan sesuatu yang lebih feminin.
Terpancar simbol gah dari setiap rekaan yang mewarnai koleksi COACH 1941 untuk musim Luruh sekaligus menerbitkan gaya nostalgia kegemaran Amerika.
Sebagai sebuah jenama berprestij yang berpangkalan di New York, COACH bijak menggunakan sinergi material kulit asli yang disertai jahitan kemasan menonjol agar tampak lebih bersahaja.
Aksesori seperti beg tangan, kasut dan dan barang kemas semuanya berasaskan elemen klasik yang telah diolah semula untuk menepati gaya pemakaian wanita masa kini. Bahkan, warna-warnanya juga banyak yang berasaskan warna-warna tanah yang diceriakan dengan beberapa nuansa terang seperti biru, merah dan oren.
Untuk keterangan lanjut, sila layari malaysia.coach.com