Sama seperti cara bertutur mahupun cara makan, tulisan juga bisa menjadi tali pengukur untuk kita mengenali serta memahami sifat seseorang.
Guru di sekolah juga sering sahaja memarahi anak murid dek kerana tulisan yang dianggap ‘cakar ayam’ kerana sukar untuk membacanya malah bagi diri anda yang turut mempunyai tulisan yang buruk, pasti anda sering dihantui tohmahan negatif sekaligus dikaitkan dengan sifat-sifat buruk seperti pemalas, cemerkap dan sebagainya.
Berlawanan pula dengan rakan-rakan anda yang memilii tulisan tangan cantik. Mereka sering dipuji dan dibangga-banggakan. Ya, itu mungkin personaliti seorang yang tertib.
Ini dia Wanista kongsikan bersama dengan anda 10 bintang K-Pop yang bukan sahaja hebat kala beraksi di atas pentas bahkan juga memiliki tulisan tangan paling cantik! Siapa dia mereka ini?
#1 Super Junior Lee Teuk
Ketua kumpulan ini telah menghantar sepucuk surat kepada peminat mereka kerana itu sahajalah salah satu cara selain mesej melalui Twitter mahupun Instagram. Ternyata Lee Teuk adalah seorang lelaki yang budiman, bahkan tulisan tangannya membuatkan peminat jadi lebih terharu.
#2 Girl’s Generation SeoHyun
Tulisan tangan adalah beza-beza bagi setiap orang. Ia adalah sesuatu yang sangat unik. Tulisan milik jetawan ini ternyata mencerminkan sifat yang dimilikinya seperti comel, ringkas dan feminin. Tulisan tangan SeoHyun sangat rapi dan kemas! Sejuk mata memandang kan?
#3 EXO Xiumin
Tak sangka betul, meskipun menggunakan teknik tulisan bersambung, tulisan milik Xiumin mungkin lebih rapi dari tulisan-tulisan selebriti lelaki yang lain.
#4 Girl’s Day Sojin
Seperti Xiumin, tulisan tangan kepunyaan Sojin juga bersambung! Cantik juga, ada style! Mesti Sojin ini seorang individu yang kreatif dan pasti otaknya bergerak lebih laju.
#5 BTOB Im HyunSik
Sebab tu orang kata, jangan hanya menilai rupa semata-mata. Meskipun kurang terkenal berbanding ahliahli kumpulan BTOB yang lain, HyunSik memiliki tulisan yang tersangatlah tersusun! Seperti ditaip menggunakan komputer pula! Yup! Terserlah kelebihannya di situ.
#6 SISTAR Hyorin
Hyorin bukan sahaja Elegen dari segi susuk tubuh dan cara berpakaiannya, tulisan tangan milik gadis ini pun sama padan dengan kecantikkan fizikalnya!
#7 VIXX N
Sudahlah memiliki wajah yang sempurna, tulisan tangannya pun nampak sungguh berkarakter. Dia yang merupakan ketua kumpulan paling tua, merupakan seorang yang pandai menjaga adab serta seorang yang tenang belaka.
#8 Bangtan Boys Rap Monster
Mengikut sumber, tulisan tangan jejaka ini sering berubah-ubah. Setiap satu huruf yang ditulisnya mempunyai kelainan tersendiri.
#9 Winner Nam Taehyun
Gaya tulisan Taehyon adalah jenis yang telah dipermudahkan. Jejaka ini gemar menggunakan singkatan. Bentuk tulisannya pula agak kreatif dan sedikit condong ke tepi membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana naik cair… Seperti rangkap karangan yang digubah dalam Microsoft Word, Taehyon memanfaatkan tulisan dan ungkapan yang diturunkannya ke dalam kertas menggunakan pembahagian perenggan. Cukup versatile tak?
#10 Rainbow Jisook
Ada orang gemar membuat peta minda mahupun lebih rela meluahkan ideologi menerusi lukisan visual agar ia lebih menonjol dan mudah difahami, tetapi lain pula dengan bintang yang bernama Jisook ini. Dirinya gemar membuat penerangan lanjut melalui rangkap tulisan yang diikuti dengan rajah genit untuk menjelaskan penerangannya. Alahai, comel sangat!
Jadi, tulisan milik selebriti mana kegemaran anda?