D.I.Y, Fesyen, Kecantikan, Tips

Senarai Vlogger Kecantikan, Gaya Hidup & Fesyen Di Youtube Yang Anda Mesti “Follow”!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Senarai Vlogger Kecantikan, Gaya Hidup & Fesyen Di Youtube Yang Anda Mesti “Follow”!

Youtube adalah laman sesawang yang menawarkan pelbagai jenis video untuk ditonton. Lazimnya, Youtube akan menjadi tempat orang ramai untuk menonton himpunan video menarik dari pelbagai kategori secara percuma.

Foto -magazine.wwwowww.me
Foto -magazine.wwwowww.me

Dalam masa yang sama, pengguna juga bisa membangunkan saluran mereka sendiri dengan memuat naik video rakaman berdasarkan minat serta hobi. Youtube membuka peluang kepada semua orang untuk mengacara rancangan mereka sendiri, tidak kiralah tutorial memasak, solekan, nyanyian, pengembaraan mahupun berkongsi ceritera tetang aktiviti peribadi yang dilakukan seharian -digelar “Vlog” atau Video Blogging.

333

Perbuatan “Vlogging” adalah sama seperti “Blogging”, cuma apa yang membezakan kedua-dua perbuatan ini adalah “Vlogging” adalah lebih kepada teknik penceritaan melalui rakaman video yang bersuara, tidak seperti “Blogging” yang hanya memanfaatkan penceritaan tulisan berserta gambar.

Foto -marieclaire
Foto -marieclaire

Melihatkan platform kecantikan yang telah banyak mempengaruhi komuniti wanita dan gadis dari seluruh dunia, Youtube kini menjadi tempat untuk anak muda berkumpul serta mencari ilham demi kelihatan bergaya dan cantik sentiasa. Beauty Vlogger adalah gelaran yang diberikan kepada individu (selalunya wanita) yang banyak membincangkan tentang perihal kecantikan, berkongsi tips kecantikan serta melakukan banyak tutorial mekap termasuklah topik perbincangan mengenai fesyen dan gaya hidup.

Wanista senaraikan beberapa ikon Vlogger kecantikan, gaya hidup dan fesyen yang harus anda ikuti.

 

#1 Tried & Tested @ Clicknetwork.tv (Singapura) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Tried & Tested adalah sebuah saluran menarik yang boleh menghilangkan keraguan dihati anda. Ulasan tentang produk-produk terkini amat berguna untuk anda jika baru pertama kali mahu menggunakan produk.

Wanita genius ini, Oon Shu An akan membantu anda dengan mencuba produk-produk tertentu serta menilainya dari segi baik dan buruk. Jadi, bolehlah anda berkira-kira dahulu sebelum mencuba. 

Yang paling best, apabila Tried & Tested banyak menampilkan produk-produk inovatif merangkumi rangkaian kecantikan, makanan dan snek serta perkakas-perkakas unik dari sekitar Asia yang sangat dekat dengan hati kita.

 

#2 Rebecca Tan @ Clicknetwork.tv (Singapura) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Rebecca Tan akan mengajar anda pelbagai jenis helah berkesan, amat berguna ketika waktu-waktu genting mahupun di saat kecemasan. Mesti tonton!

 

#3 Michelle Phan (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Siapa yang tidak kenal dengan nama besar dalam industri kosmetik dan kecantikan si Michelle Phan.

Wanita Asia yang telah berjaya mengukir populariti di Amerika Syarikat sebagai “Beauty Guru” ini akan mengajar anda bagaimana untuk mendapatkan pelbagai jenis solekan dari A hingga Z secara sempurna!

 

#4 AlexandrasGirlyTalk (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Seorang gadis yang sangat jelita dek kerana bibirnya yang mungil dan seksi. Anda bukan sahaja boleh mempelajari pelbagai jenis tips kecantikan berguna dari Alexandra, malah pasti juga terpana sehingga mata anda tidak berkelip sesaat pun!

 

BACA  Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Bahagian Leher!

#5 Amanda Steele (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Gemarkan fesyen yang ranggi dan vintaj ala bohemian? Mungkin anda boleh curi inspirasi dari gadis cantik ini. Amanda mempunyai hampir 3 Juta pengikut di saluran Youtube miliknya.

Selain tips-tips feysen dan mekap berguna yang diberikan, anda pasti terpana dengan raut manis wajahnya.

 

#6 Fathia Izzati (Indonesia) [KLIK SINI<– Nak langgan?

Mula menjadi terkenal sejak dirinya memuat naik sebuah video rakaman dengan membuat loghat-loghat menarik, gadis comel ini adalah merupakan seorang pelajar undang-undang kelahiran Indonesia. 

Fathia yang begitu fasih berbahasa Inggeris kerana merupakan anak seorang Diplomat yang pernah menetap di beberapa daerah di Amerika sering sahaja menghiburkan para pengikutnya yang terdiri dari rakyat tempatan Indonesia serta dua negara jirannya iaitu Malaysia dan Singapura.

 

#7 Clothencounters (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Sekali pandang, Jenn kelihatan seperti Barbie kerana dia bijak bergaya, dua kali pandang? Dia merupakan seorang gadis kacukan Korea Amerika yang telah dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles.

Bentuk tubuh badan genit serta senyumannya yang manis itu bisa sahaja menarik hati sesiapa yang melihatnya. 

Jenn banyak berkongsi tentang produk kecantikan serta item fesyen kegemarannya setiap bulan! Tidak ketinggalan, dia turut gemar melancong ke serata dunia. Jom ikut Jenn!

 

#8 Bethany Mota (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Anda sering butuhkan nasihat? Ikuti perbincangan dan tips dalam meningkatkan keyakinan diri bersama Bethany Mota.

Bethany mempunyai lebih 10 Juta pengikut di saluran Youtube miliknya. Ini mungkin kerana karakternya yang lucu, realistik dan tidak ‘plastik’ seperti kebanyakkan gadis di luar sana, oppsss! 

Yup! Dia juga boleh menyanyi! 

 

#9 Carli Bybel (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

111

Yang anda semua duk bising-bising kat Instagram pasal palet pembayang mata dan serbuk highlighter Carli Bybel dari bhcosmetics tu, ha dia ni lah tuan empunya badan yang menciptanya.

Solekan dramatiknya sangat mengagumkan! Jika anda baru mula hendak berjinak-jinak dengan mekap dan solekan, anda bolehlah ambil inspirasi dan belajar dari wanita hebat ini okay?

 

#10 Farisa Safrina (Malaysia) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Nak belajar cara lukis garisan mata yang kemas dan “on point”? Nah, belajarlah dari vlogger baru kita ni!

Farisa adalah anak kelahiran Pulau Pinang yang bijak bermain dengan solekan mata dramatik. Kalau anda nak kenal Farisa Safrina, lihat saja pada lukisan wing eyeliner miliknya yang tajam dan memukau! Oh, selain itu, dia juga gemar benar dengan matte liquid lipstick. Mungkin anda boleh dapatkan info darinya bagaimana mahu memilih matte liquid lipstick yang paling tepat dan sesuai.

 

BACA  Koleksi Pakaian Dalam Monki Punya Sentuhan Kontemporari Yang Tersendiri

#11 Mina Rosli (Malaysia) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Tengok muka pun dah cantik, apa lagi bila dah bersolek kan? Ikuti tutorial solekan ringkas dan natural dari Mina Rosli! Paling best, Mina adalah seorang gadis yang sangat sempoi! 

 

#12 Kaushal Beauty (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Nak belajar buat solekan glamor bak heroin Bollywood? Anda boleh belajar dari gadis kacukan yang mempunyai darah Hindustani ini. Anda pasti kagum dengan bakatnya!

 

#13 Bambigirl (Korea) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Serlahkan aura Kpop anda dengan menonton siri-siri perkongsian menarik dari saluran Bambigirl! Jangan risau, ada sarikata bahasa Inggeris! Jadi tak perlulah anda ‘menggaru kepala’ saat mendengar percakapan gadis asli Korea ini nanti. 

 

#14 Kathleen Lights (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Kathleen Lights adalah antara “Beauty Guru” kegemaran ramai! Boleh cuba cari inspirasi solekan baru mengikut trend terkini dari gadis jelita ini.

 

#15 Tati (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Tati adalah seorang wanita yang begitu obses dengan kosmetik dan produk-produk kecantikan, membuatkan dirinya rela untuk berhabis banyak bagi mendapatkan pelbagai jenis produk yang unik meskipun mahal. Anda boleh tonton siri “WTF???” untuk melihat pengalaman Tati dalam mencuba pelbagai jenis produk kecantikan dan kosmetik menarik yang harganya mencecah hingga ratusan dollar. 

Seperti video di bawah, Tati mencuba topeng muka jenama Givenchy yang diperbuat daripada fabrik renda mewah. Ianya berharga 330$ sekotak, RM1337.84 apabila ditukarkan kepada nilai wang ringgit Malaysia. WOW!

 

#16 Nikkie Tutorial (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Perubahan yang sangat KETARA. Nikkie pernah menjadi sensasi tidak lama dahulu kerana memuat naik sebuah video yang menyerlahkan kekurangan wajahnya. Meskipun kulitnya tidak semulus dan sebersih selebriti Kpop, badannya pula tidak selangsing Taylor Swift, namun dengan menggunakan ‘kuasa’ mekap, dirinya bisa berubah menjadi seseorang yang sangat mempersona. 

Nikkie telah menjadi inspirasi kepada gadis dan wanita di luar sana.

 

#17 Kandee Johnson (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Ada ingin menjadi Barbie hidup? Jom belajar cara-cara membuat solekan berkarakter dari Kandee Johnson. 

 

#18 Jaclyn Hill (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Meh belajar cara buat solekan Highlighting dan Bronzing dengan wanita yang serba-serbi sempurna ini!

 

#19 Stephanie Lange (US) [KLIK SINI] <– Nak langgan?

Belajar cara solekan terperinci untuk bentuk wajah supaya runcing dan menutup jerawat dengan rapi dari Stephanie Lange.

 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *