Sudah menjadai kewajiban untuk para pengembara membawa bersama barangan peranti mereka, terutama sekali telefon pintar dan kamera.
Apa yang menimbulkan masalah adalah apabila peranti kehabisan bateri, pasti ia menyukarkan anda untuk meneruskan perjalanan mahupun percutian dengan tenang seperti yang dirancang. Oleh itu, dengan keadaan dunia dan teknologi yang semakin moden, INNERGIE bisa menemani anda ke mana sahaja.
INNERGIE adalah anak kepada jenama Delta iaitu janakuasa utama yang mendahului di arena global, membekalkan solusi pengurusan haba. Bagi memudahkan anda semua yang selalu kehabisan bateri peranti, INNERGIE akan membekalkan ‘penyelesaian lintasan caj pintar’ (smart crossover charging solution) yang berfungsi untuk mengekal tenaga dalam peranti.
Buat pertama kali diperkenalkan di Malaysia, solusi pengecas yang inovatif ini membolehkan individu menegcas peranti mudah alih mereka di mana sahaja tanpa sebarang halangan. Ianya merangkumi PowerGear ICE 65 (plag penyesuai pengembaraan) WizardTip (penyambung pengecas USB berkelajuan) dan LifeHub Plus (hub pengecas).
PowerGear ICE 65 adalah pengecas komputer riba universal yang ditemani sambungan bersesuaian dengan lebih 150 plag seluruh dunia. Sebagai tambahan, WizardTip pula boleh dipasang kepada PowerGear ICE 65 untuk mencipta sambungan “USB port” segera supaya mudah untuk mengecas peranti mudah alih yang lain.
LifeHub Plus pula menawarkan pedekatan bijak untuk membolehkan anda mengecas pelbagai jenis peranti dalam satu-satu masa. Tujuan INNERGIE diperkenalkan di Malaysia adalah untuk memberi jalan penyelesaian strategik kepada individu tempatan, terutamanya bagi mereka yang sering mengembara serta perlu berinteraksi dengan alatan peranti mereka hampir setiap masa.
Travelers’s Power Pack yang terdiri dari tiga jenis sambungan pengecas ini disertai dengan waranti dari pengilang asli, teknologi pemulihan mesra alam Greensense serta ciri-ciri reka bentuk keselamatan InnerShield adalah terhad kepada beberapa unit sahaja di mana PowerGear ICE 65 bersama WizardTip dan Life Hub Plus boleh dibeli dengan potongan 20% pada harga RM325.60 hingga RM407.00 atau beli sahaja PowerGear ICE 65 dan dapatkan WizardTip yang bernilai RM39.00 secara percuma dengan harga RM209.00.
Anda boleh mula mendapatkannya menerusi laman jualan atas talian LAZADA mahupun para pengedar sah INNERGIE di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.myinnergie.com atau lawat laman Facebook www.facebook.com/Innergie.Malaysia