Kecantikan

Ingin Kulit Wajah Putih Bersih Bak Park Shin Hye? Mamonde Cover Powder Cushion Jawapannya!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ingin Kulit Wajah Putih Bersih Bak Park Shin Hye? Mamonde Cover Powder Cushion Jawapannya!

Diilhamkan oleh keindahan Peach Blossom, Mamonde mencipta Cover Powder Cushion untuk menawarkan wanita kulit yang cerah bak dutanya Park Shin Hye.

IKLAN

Berbentuk seperti kelopak Pink Blossom, Cover Powder Cushion adalah ultra-ringan dan dirumuskan dengan Triple- Functional Cosmetics iaitu Penjagaan Kedutan, Pemutihan dan Pelindung Matahari (SPF50 + PA +++). Ia menghidrat kulit dengan Peach Flower Water, sempurna meliputi kecacatan dan mencapai kemasan matte dengan Peach Flower Powder.

  • Wajah lebih glowing dalam masa yang lama – Terdapat unjuran mikro pada permukaan kelopak bunga yang memantulkan cahaya ke semua arah untuk cahaya berseri.
  • Tidak melekit – Mencapai kemasan matte dengan Peach Flower Powder. Bila diaplikasikan di wajah, terasa segar dan sejuk.
  • Lebih flawless – Noda-noda wajah yang tidak sempurna akan dilindungi dengan baik, malah wajah lebih flawless daripada biasa.
  • Penghidratan berpanjangan – Memulih kulit dari luar dan dalam dengan Peach Flower Water dan asid hyaluronic. Tiada lagi kekeringan dalaman dan sesak.
Foto - ibuybeauti.com
Foto – ibuybeauti.com

Diformulakan dengan Flower Layering System, ia berfungsi untuk menutup cela, menghalang sinar yang berlebihan dan kekeringan dalaman malah mampu mengetatkan dan menghalang gelap sehingga 12 jam.

Bagaimana Flower Layering System bekerja?

  • Moist Peach Flower Water – Adalah ekstrak dari Peach Blossom yang berfungsi untuk menghidrat kulit seperti kelopak bunga yang penuh dengan kelembapa dari embun pagi, Ia mengisi semula kulit dengan kelembapan dan menghalang kekeringan dalaman. Lapisan filem ultra-nipis membantu solekan kekal nipis dan ringan pada kulit yang sama mengawal bersinar yang berlebihan.
  • Flawless Coverage with Concealer & Primer – Mengandungi concealer dan primer untuk perlindungan yang sempurna.

Terdapat dalam tiga warna iaitu No.17 Light Beige, No.21 Peach Beige dan No.23 Natural Beige, Mamonde Cover Cushion Powder  menawarkan perlindungan sempurna dan berkekalan dengan kemasan matte. Ia dijual pada harga RM129 (15g x 2) dan boleh didapati di Kaunter Kecantikan Mamonde Pertama di AEON One Utama (Cosmetics Floor) bermula 29 Julai 2016.