Tak boleh dipertikaikan lagi tentang teknik solekan conturing menonjol yang diguna pakai oleh wanita-wanita ini, bentuk wajah yang bulat gebu pun boleh jadi tirus dan berstruktur, siapa lagi kalau bukan adik-beradik Kardashian!
Amboi, penulis dengar cerita yang mereka ini sedang merancang sesuatu. Akhirnya, mereka tampil untuk melancarkan satu lagi produk solekan yang digelar –Kontour Kase
Kim, Khloe dan Kourtney mengetengahkan kit kontur sebagai sebahagian dari rangkaian kecantikan Kardashian Beauty -Fierce. Harga untuk kit ini juga adalah sangat murah dan berpatutan iaitu US $15.99 sahaja! (lebih kurang RM64 seunit)
Rangkaian kecantikan FIERCE oleh Kardashian Beauty ini turut dilengkapi dengan bedak asas, concealer dan gincu. Hebat! Lepas ni kita semua pun boleh jadi The Kardashian 🙂
Penulis dah cakap, teknik solekan kontur adik-beradik The Kardashian ni memang meletop! Tak percaya?
https://www.instagram.com/p/BHhd5EMg07q/?taken-by=kourtneykardash&hl=en
On-point kan?
Kesemua rangkaian solekan baharu ciptaan Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini boleh mula didapatkan mulai bulan hadapan melalui laman kbeauty.com atau www.ulta.com.