Siapa tahu, daripada membiarkan tayar lama kenderaan anda bergelimpangan memenuhi ruang simpanan atau kawasan belakang rumah anda, apa kata anda ikuti langkah tutorila DIY ini kerana hasilnya, memang bernas dan cantik!
Bangku bulat seperti ini lazimnya sering digunakan untuk menghias rungan taman mahupun ruang tamu dalam rumah. Nampak bergaya persis bangku mahal yang baru anda beli dari butik perabot eksklusif. Percaya atau tidak, dengan hanya bermodalkan tayar lama, dua keping papan kayu serta tali jerami yang bersaiz besar, anda duah bisa memiliki bangku bulat yang sangat unik!
Jom Wanista ajarkan anda langkah-langkah untuk membuat sendiri bangku bulat mewah ini.
Bahan:
- Tayar kenderaan terpakai
- Gam panas (Hot Glue Gun)
- Tali jerami *saiz besar
- 2 keping papan kayu dipotong bulat (mengikut lebar tayar) yang ketebalannya bersaiz 1-2 inci
- Gerudi
- Berus
- 1 tin Selant (cecair likatyang dimanfaatkan sebagai pengedap)
- Pemutar skru
- Beberapa skru serdehana besar
- Kain
Cara:
#Langkah 1
Bersihkan tayar dengan kain bersih terlebih dahulu supaya gam yang digunakan dapat melekat dengan kuku pada permukaan tayar. Jika tayar berkenaan benar-benar kotor, mempunyai sisa kesan tanah dan sebagainya, berus ia dengan sedikit air dan keringkan.
Acukan papan di atas tayar dan gerudikan 3 buah lubang untuk disematkan skru. Pastikan anda mengerudi di bahagian yang mengenai rim/bingkai tayar tersebut.
Pastikan juga supaya kepingan kayu tidak terlalu kecil. Biarkan saiznya besar sedikit dari lubang tayar supaya mudah untuk diskru kepada bahagian bingkai tayar yang digunakan.
#Langkah 2
Skru kan skru yang ada ke dalam lubang yang telah digerudi itu tadi. Pastikan ia disemat dengan rapi dan ketat supaya kepingan kayu teguh berada di atas tayar.
Lakukan juga pada bahagian tayar yang satu lagi. (Kedua-dua belah tayar mesti dilapiskan dengan kayu).
#Langkah 3
Mula dari bahagian paling tengah, tampalkan ia pada bahagian tengah papan menggunakan gam yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
#Langkah 4
Gulung sedikit tali jerami seperti di dalam gambar dan teruskan melekatkan ia pada papan dalam gerakan putaran. Tekan tali pada papan ketika proses melekat agar ia teratur dan dapat melekat dengan kuat.
#Langkah 5
Setelah tali menutup keseluruhan bahagian papan, lakukan juga perkara yang sama, melekat tali jerami di keliling tayar.
Sila lekat dengan rapi, menutupi keseluruhan bahagian tayar. Pastikan tiada bahagian getah tayar yang terdedah.
#Langkah 6
Untuk memudahkan, anda boleh menterbalikan tayar berkenaan seperti di dalam gambar.
#Langkah 7
Setelah selesai meliputi bahagian tayar dengan tali berkenaan, Gunakan gunting untuk memotong lebihan tali.
Jangan lupa lekatkan penghujung tali yang dipotong itu tadi dengan kuat menggunakan gam panas. Ini untuk memastikan supaya lilitan tidak mudah terbuka.
Anda tidak perlu meliputi bahagian papan yang satu lagi ini dengan tali kerana ia akan menjadi tapak kepada bangku bulat anda!
#Langkah 8
Dengan berus, sapukan sealant secara menyeluruh dan rata ke seluruh bahagian tali jerami. Cecair sealant boleh didapati di mana-mana kedai atau gedung menjual perkakasan (hardware).
Biarkan lapisan sapuan pertama kering sebelum anda menyapu lapisan sealant yang kedua.
Hasilnya…
Cantik! Boleh diletakkan di sudut bacaan mahupun di bahagian-bahagiandalam rumah yang kelihatan agak kosong sebagai tempat untuk relaks dan bersantai.
Selamat mencuba!