Tidak dinafikan, agak sukar untuk bergaya ketika sedang sarat mengandung. Namun, melihatkan arena fesyen yang semakin berkembang luas, kini terdapat 1001 pilihan yang betepatan dengan keadaan perut yang semakin membulat dan besar.
Ayuh Wanista senaraikan beberapa item fesyen yang harus anda miliki jika mahu kekal stailo dan selesa meskipun perut semakin memboroi dek kerana sedang membawa ‘budak’.
#1 Bra Bercawan Lembut
Payudara yang semakin membengkak akan menyebabkan penggunaan bra menjadi sukar dalam kehidupan seharian sepanjang pengalaman hamil anda. Semakin lama, kesakitan itu akan hilang dan rangka tulang rusuk anda pula yang terasa bisanya…
Jadi, cuba beli bra yang lembut, tidak berdawai dan dibuat daripada material yang selesa. Dapatkan bra yang mempunyai saiz cawan yang bertepatan dengan payudara anda yang semakin membesar itu.
Ingat, jangan membazir membeli bra orang mengandung kerana ia mahal. Cukup sekadar membeli bra yang sedikit besar dari saiz payudara normal anda dan lembut materialnya. Jangan gatal beli push-up bra pula! Mencari masalah namanya.
#2 Kasut Sarung
Biasalah, dah mengandung ni bukan payudara sahaja yang terdorong untuk membengkak, kaki pun sama. Sudah-sudahlah memakai kasaut tinggi.
Kasut sarung seperti pump shoes, “ballerina” dan espadrilles bukan hanya akan membuatkan langkah anda selesa berpanjangan bahkan tambah bergaya!
Sneakers juga akan membuatkan ibu mengandung lebih stailo, tetapi mungkin ianya akan menyukarkan anda untuk membongkok bagi mengikat tali kasut dengan kemas. Oleh itu, cukuplah sekadar kasut sarung yang mudah untuk kaki menyelinap begitu sahaja 🙂
#3 Dress Sarung Mudah Lentur
Daripada anda mmebeli skirt yang kadang-kala membuatkan perut anda berasa senak, lebih baik anda melaburkan sejumlah wang untuk mendapatkan dress sarung yang diperbuat dari material lembut bergetah. Ianya lebih selesa dan bakal membuatkan anda tampak lebih mergaya meskipun gayanya ringkas bersahaja.
Namun harus diingatkan, jangan membeli dres yang fabriknya terlalu nipis dan jarang kerana anda tidak mahu pusat anda yang terjojol keluar itu nanti dilihat orang bukan? Jaga-jaga supaya anda tidak kelihatan seperti ‘nangka yang berbalut’.
#4 Dress Berpotongan Besar & Longgar
Ya, penulis faham, anda mahu menunjukkan “baby bump” comel anda itu kepada khalayak. Tetapi, cuba cari dress yang flowy dan ringan seperti dalam gambar.
Siapa kata anda tidak boleh menggayakan kasut tinggi serta-merta, boleh sahaja kalau anda berani, tetapi kenakan kasut tinggi yang bertumit tebal supaya ianya lebih stabil. Jangan terlalu tinggi pula okay!
Angin yang bertiup ke arah anda pasti membuat fabrik dress anda itu terbang kesana-kemari membuatkan anda kelihatan chic & edgy! Beautuful mommy wannabe!
#5 Maternity Tights
Orang mengandung ini lain macam sikit. Untuk mereka yang lebih gemar mengenakan dress potongan pendek paras bawah lutut, tubuh anda pasti cepat berasa sejuk. Oleh itu, dapatkan stokin sarung khas untuk ibu mengandung atau metrnity tights sebegini untuk dipakai bersama dress pendek tersebut. Selain dapat memanaskan kaki anda, ia turut akan membuatkan anda kelihatan kemas, manis dan seksi gitu.
Oh! Kalau anda tidak mahu memakai stokin jarang, anda juga boleh dapatkan celana telap ketat seperti leggings! Itu pun cantik!
#6 Seluar Dalam Hamil
Tidak kiralah badan anda bersaziz petite mahupun besr sekalipun, seluar dalam hamil amat penting kerana ianya akan memeluk pinggang dan pinggul anda dengan selesa.
Seluar dalam biasa cuma akan meninggalkan bekas serta kemerah-merahan pada keliling perit anda tahu? Jadi, pakailah seluar dalam hamil sebaik sahaja perut anda itu mula membulat dan besar, bayi dalam perut anda juga pasti berasa selesa senantiasa.
#7 Tali Pinggang
Siapa kata baju polos yang longgar seperti kemeja besar suami anda serta kot-kot labuh di dalam almari yang telah sekian lama berhabuk tidak boleh digayakan oleh anda ketika mengandung? Inilah masa yang paling sesuai untuk menjadi fashionista!
Ikat pinggan (di bahagian atas perut) menggunakan tali pinggang kala menggayakan blaus labuh atau dress yang longgar. Anda mesti kelihatan seperti bakal ibu-ibu New York! Mana tahu anak anda yang dalam perut itu juga akan terdorong untuk menjadi seorangyang stailo juga bila dah besar nanti 🙂
#8 Helaian Untuk Dilapis
Tidak ada masa untuk mebeli pakaian mengandung? Tak perlu risau, cuba cari helaian pakaian yang telah sedia ada dalam almari anda untuk dilapiskan bersama. Dress tidak berlengan + kardigan, blazer atau kot = STAILO HABIS!
#9 Jeans Hamil
Belilah satu jeans hamil untuk melengkapkan keperluan fesyen anda sepanjang tempoh hamil anda.
Di luar sana, terdapat banyak jenama pakaian hamil yang menawarkan jeans yang direka khas untuk memenuhi gaya wanita mengandung.
Sebelum membeli, pastikan anda mencubanya dahulu sepaya karung di perut pada jeans tersebut dapat muat dengan selesa di bahagian perut anda. Elakkan membeli-belah pakaian hamil melalui online.
#10 Blaus Berleher V
Payudara membesar dan perut yang semakin memboroi akan menyukarkan anda untuk kelihatan kemas dan menarik?
Cuba sarungkan pakaian yang mempunyai leher V untuk mencipta ilusi bentuk badan yang lebih tirus dan memanjang ke bawah. Ini secara tidak langsung membuatkan kawasan sekitar dada dan perut anda lebih kecil! Bijak kan?
#11 Aksesori Menonjol
Boleh dikatakan, kebanyakkan pakaian hamil rata-ratanya mempunyai rekaan polos yang agak bosan. Oleh itu, naikkan seri pemakaian anda dengan aksesori-aksesori menonjol. Rantai, brooch, gelang, anting-anting dan kaca mata gelap yang berasaskan rona-rona garang serta batu permata besar bisa membuatkan anda kelihatan lebih seksi dan menawan!
Selamat mencuba!