Anda dah tonton video Kempen Breeze Raya? Sesungguhnya, tangan yang memberi itu adalah lebih bermakna dan jika berkongsi, akan ada kebaikkan yang luar biasa akan menanti dan bakal muncul tanpa kita sedari 🙂
https://www.youtube.com/watch?v=o5E6FtWd9Qc
Bulan Ramadhan ini, jenama sabun basuh pakaian yang tidak asing lagi, BREEZE ingin memanjangkan tangan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik sempena Syawal ini.
Berbekalkan semangat, BREEZEÂ setulus ikhlas menganjurkan sesi membeli-belah bertempat di Mydin Subang Jaya bagi berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama kanak-kanak kurang bernasib baik dari lima (5) buah rumah anak yatim terpilih.
Disertai 71 daripada 367 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim yang diiringi bantuan dari para sukarelawan Unilever Malaysia, mereka berpeluang untuk mendapatkan baju raya istimewa. Bagi kanak-kanak lain yang tidak dapat turut serta dalam acara membeli-belah tersebut, Breeze telah pun membuat penghantaran Baju Raya ke ssetiap rumah anak yatim yang berkenaan.
Untuk meningkatkan lagi kepekaan terhadap mereka yang serba-serbi kekurangan, BREEZE membuat inisiatif dengan mendermakan RM1 dari setiap pembelian cecair pencuci pakaian BREEZE bermula 6 Jun yang lepas dan sumbangan itulah yang telah digunakan bagi menampung kos pembelian baju raya untuk anak-anak yatim.
Untuk lketerangan lanjut berkenaan kempen ini, sila layari www.ulmhomecare.com.my atau lawat laman Facebook Breeze Malaysia di www.facebook.com/breezemalaysia