Sebagai tradisi Hari Raya yang dikekalkan sehingga kini, amalan kunjung-mengunjungi rumah sanak-saudara serta jiran tetangga adalah perkara yang wajib dilakukan sejak dari Hari Raya pertama lagi. Oleh itu, anda harus menyediakan ruang kondusif untuk keselesaan para tetamu yang bertandang ke rumah anda nanti?
Sudahkah anda membuat persedian? Ruang tamu, kamar mandi, ruang istirehat, dapur, ruang makan, semuanya harus dirapikan dari segi susun atur serta reka bentuk hiasan dalamannya. Bahkan, bilik tidur juga mungkin harus di ambil kira, mana tahu jika ada di antara tetamu yang mahu tumpang bermalam di rumah anda?
Usah buntu memikirkan tentang dari mana anda mahu mendapatkan kelengkapan serta perkakas rumah yang cantik, strategik, mesra pengguna dan yang paling penting adalah mampu milik, kerana di IKEA semuanya tersedia untuk anda!
Nak masak sewaktu menyambut lebaran ini bukan ala kadar sahaja, kita hendak memasak untuk tetamu yang tak putus-putus bertandang, ramai! Oleh itu, gantikan periuk belangga anda serta kuali lama anda dengan rangkaian kuali dan periuk IKEA 365+. Set ini terdiri daripada 3 reka bentuk yang sesuai untuk masakan bergoreng, makanan berkuah serta hidangan rebusan seperti sup tulang mahupun ketupat.
Dah memasak, cara menghidang pun perlulah kena pada gayanya. Set pinggan mangkuk anda dah banyak yang retak dan rekaannya ketinggalan zaman? Boleh cuba cari set pinggan mangkuk baru pelbagai rona serta corak di IKEA. Rekaannya berpandukan konsep rekaan dalaman moden dari Sweden, rangkaian set pinggan mangkuk edisi terhad DOFTRIK yang berwarna hijau pucuk pisang ini memang mengancam! Pasti membuatkan tetamu lebih berselera untuk menikmati hidangan air tangan anda!
Nak serlahkan lagi aura sensasi sambutan Aidilfitri tahun ini? Ha, jangalah lupa untuk menghias segenap ruang kosong yang ada dalam rumah anda itu. Bukan baju sahaja yang perlu baru untuk menyambut kedatangan Syawal tahu? Rumah pun perlulah dibersihkan dan diceriakan. Anda mungkin boleh dapatkan kerusi lipat serta meja kecil tambahan untuk menghidang kuih-muih dan air sebagai persediaan awal sebagai persedian. Mana tahu tiba-tiba rumah anda dibanjiri angka tetamu yang tidak dijangka, tiada masalah pun jika sofa dan meja makan anda tidak dapat menampung tetamu yang luar biasa ramainya.
Khas untuk ahli IKEA FAMILY, jangan ketinggalan untuk berbelanja sakan barangan serta perkakas rumah di IKEA musim perayaan ini! Setiap pembelian minimum yang berjumlah RM200 pada resit tunggal layak untuk menebus satu set sampul duit eksklusif yang direka khas! Jika belum menjadi ahli IKEA FAMILY, anda boleh mendaftar secara percuma melalui atas talian di family.ikea.com.my/membership
Kesemua seleksi barangan dan perkakas istimewa untuk Syawal 2016 boleh didapati di cawangan IKEA Damansara dan IKEA Cheras. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.ikea.com/my