Perkhidmatan fasa kedua LRT hari ini mula beroperasi dengan 15 stesen baru di mana penumpang boleh meneruskan perjalanan sehingga ke Putra Heights.
Dengan pembukaan Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP) mulai 6.00 pagi tadi, orang ramai boleh menuju ke Kuala Lumpur dari Putra Heights, dan memilih sama ada menggunakan laluan Kelana Jaya atau Sri Petaling/Ampang.
“Ataupun, anda boleh merancang perjalanan dan menggunakan kedua-dua laluan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ahmad Nizam Mohamed Amin.
Ia juga menyediakan kemudahan silih-sambungan dengan perkhidmatan KTM Komuter di stesen Subang Jaya.
Antara laluan LEP termasuk Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, SS15 dan SS18 (Subang Jaya), Subang Taipan, Wawasan, USJ 21, Awan Megah dan Subang Alam.
Ahmad Nizam juga mencadangkan pengguna LRT berjimat dengan pakej bulanan MyRapid SMART 30 dan pakej mingguan SMART 7.
“Butiran penuh mengenai jadual dan kekerapan bas ini boleh didapati di laman web www.myrapid.com.my.