Sejak berkurun lamanya, ramai orang telah menikmati keberkesanan minyak Tea Tree untuk amalan kecantikan serta kesihatan. Terutamanya untuk mengecutkan jerawat serta menghilangkan parutnya dengan kadar segera. Tetapi, sedarlah anda terdapat banyak lagi kegunaan lain yang boleh dimanfaatkan melalui kebaikan minyak Tea Tree? Jangan dibazirkan minyak Tea Tree yang ada tersimpan di dalam almari ubat-ubatan anda itu. Ayuh manfaatkannya sekarang!
#1 Membunuh Jerawat
Jika anda tercari-cari akan petua semula-jadi yang menghilangkan parut, ini dia! Beberapa titis cecair ekstrak minyak Tea Tree yang ditambah dengan 20 hingg 40 titis cecair ekstrek Witch Hazel yang disapu ke bahagian kulit bermasalah sebanyak 1 hingga 2 kali sehari menggunakan kapas boleh membunuh jerawat serta menghilangkan parutnya sekali. Wah! Tetapi hati-hati supaya tidak terlebih #menggunakannya.
Meskipun konsistensi campuran minyak Tea Tree dan Witch Hazel sebenarnya akan bertindak lebih lembut berbanding Benzoyl Peroxide iaitu sejenis bahan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakkan ubat mahupun krim anti-jerawat, ianya bakal mengeringkan kulit anda dan itu bakal membuatkan jerawat anda lebih teruk. Oleh itu, cukup untuk menuam sedikit sahaja campuran minyak Tea Tree itu tadi di kawasan yang bermasalah okay?
Yang paling penting, jauhi sinaran matahari sebaik wajah anda mempunyai sapuan minyak Tea Tree. Ini kerana, sinaran matahari akan memberi tindak-balas negatif terhadap minyak Tea Tree. Sapu sahaja ketika waktu malam sebelum tidur. Itu adalah lebih baik.
#2 Pembersih Mekap
Untuk kondisi kulit normal hingga kulit kering, campurkan ¼ cawan minyak Cranola bersama 10 titis minyak Tea Tree di dalam bekas kaca yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Pastikan bekas kaca itu mempunyai penutup yang kedap dan ketat. Tutup dengan penutupnya dan goncangkan ia.
Simpan campuran ini di tempat yang sejuk dan gelap.
Apabila anda mahu menggunakannya, ambil bebola kapas dan sapukannya pada wajah anda untuk membersihkan sisa solekan. Bilas dengan air sebersih-bersihnya dan diakhiri dengan penggunaan toner.
#3 Melembutkan Kutikel
Konsistensi minyak Tea Tree yang kaya dengan pelbagai khasiat dapat melembutkan kutikel yang berkerak dan pecah-pecah di keliling kuku jari-jemari anda. Bukan itu sahaja, minyak Tea Tree juga boleh membunuh kulat kulit manakala minyak Lavender dapat memulihkan kepedihan.
Campurkan minyak Lavender bersama minyak Tea Tree di dalam botol. tutupkan botol berkenaan dan goncang. Pastikan anda goncang dulu botol berkenaan sebelum digunakan. Titiskan pada bahagian kuku anda dan urut ia untuk melembutkan kutikel dan elak kutikel ataupun lebihan kulit di keliling kuku anda itu menjadi kering dan pecah.
#4 Melegakan Luka
Gunakan bebola kapas untuk menuam minyak Tea Tree pada luka anda kerana ia dapat berfungsi sebagai antiseptik. Cuma, elakkan dari kawasan mata dan mulut.
#5 Menghilangkan Bau Kaki
Secara tidak langsung, kombinasi minyak pati dan herba dalam penggunaan cara ini dapat mengurangkan peluh kaki yang menjadi punca kepada masalah bau kaki.
Sebagai penyediaan,
- 1 sudu besar daun rosemary kering
- 1 sudu besar daun sage kering
- 1 sudu besar halia segar yang diparut
- 1 camca teh serbuk penaik
- 1 sudu besar garam Epsom
- 10 titis minyak pati Tea Tree
- Beberapa kiub air ataupun ais cincang
Letakkan rosemnary, sage, halia dalam periuk kecil bersama dengan sedikit air untuk dididih sebentar. Alihkan dari api dan tutup[periuk selama 10 minit sbeelum anda tapiskan sisa bahan itu tadi.
Tambahkan serbuk penaik, garam Epsom dan minyak Tea Tree. Gaul sebati.
Kemudian tuang semua campuran air tersebut ke dalam besen rendaman kaki. Rendam kaki anda selama 15 minit. Pastikan anda guna besen yang muat untuk meletakkan kedua belah kaki anda okay?
Jangan lupa tambahkan ais di atas kaki anda. Setelah siap, keringkan kaki anda sebaiknya sebelum menabur benak wangi khas untuk kaki.
#6 Membasmi Kulat Kuku
menurut sebuah kajian, minyak Tea Tree boleh membunuh dan memulihkan masalah kuku berkulat. Jika anda menyapu 100% minyak asli Tea Tree pada kuku yang berkulat selama 3 bulan berturut-turut, kuku anda akan kembali pulih dan normal.
Sapukan sebanyak 1 hingga 2 kali setiap hari sehingga pulih. Hati-hati supaya minyak asli Tea Tree tersebut tidak terkena bahagian kulit kaki anda kerana minyak Tea Tree yang tidak dilarut mungkin akan menyebabkan kulit gatal.
#7 Melegakan masalah “Athlete Foot”
Athlete Fot adalah sejenis penyakit ruam pada kaki yang emmbuatkan kaki berkerak, pedih, radang, gatal-gatal dan luka berair jika digaru berlebihan. Ia adisebabkan oleh peluh kaki yang berlebihan serta bakteria tidak baik yang seterusnya menyebabkan kulat menyerang sehingga membuatkan kaki seseorang menjadi buruk malah berbau.
Untuk itu, campurkan beberapa titis minyak Tea Tree bersama 1 sudu besar minyak Witch Hazel dan sapukan ia pada kulit kaki dan dicelah-jari-jemari kaki yang bermasalah menggunakan bebola kapas. Anda boleh cuba sekali dulu, jika ianya menyebabkan ruam timbul setelah pertama kali menggunakannya, hentikan penggunaan cara ini kerana ia mungkin akan menyebabkan dermatitis (radang kulit) jika diteruskan.
#8 Memulihkan Cacar Air atau Demam Campak
Campurkan beberapa titis minyak Tea Tree bersama 1 sudu besar minyak Zaitun. Gunakan bebola kapas untuk menaypu campuran minyak pada bintik-bintik demam campak keliling badan pesakit sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.
#9 Legakan Ulser
Ulser yang dimaksudkan di sini adalah ulser yang tumbuh diluar kawasan kulit keliling bibir (Herpes). Sapukan minyak pati Tea Tree terus kepada kawasan yang bermaslaah tersebut sebanyak 3 hingga 4 kali sehari. Walau bagaimanapun, minyak Tea Tree adalah sejenis tosik, oleh itu, jauhkan ia daripada termasuk ke dalam mulut anda.
#10 Legakan Gatal-Gatal Pada Pangkal Peha (Jock Itch)
Campurkan 10 titis minyak Tea Tree yang telah dilarutkan bersama 2 sudu besar minyak Zaitun atau Witch Hazel.
Sapu dan urutkan minyak tersebut sebanyak 2 kali sehari di tempat yang gatal. Pastikan ianya membentuk lapisan yang nipis pada kulit.
Jangan sapu terlalu banyak kerana ia tidak akan menyerap dengan baik sehingga ke lapisan kulit paling dalam.
#11 Melegakan Psoriasis
Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang akan menimbulkan tompok atau kesan merah, gatal dan bersisik. ***Okay, Kim Kadarshian ada penyakit ni! Bangga tak? hehe
Sapu dan urutkan beberapa titis minyak Tea Tree pada kawasan bermasalah beberapa kali sehari.
Petua ini berkesan untuk melembutkan kerak-kerak bersisik pada bahagian yang ditumbuhi tompok merah gatal tersebut. Sesuai buat mereka yang mempunyai Psoriasis tahap tidak kritikal.
#12 Memecahkan Jerawat
Jika anda binggung kerana jerawat anda belum masak dan pecah setelah sekian lama. Anda boleh tuam minyak Tea Tree menggunakan bebola kapas beberapa kali seharipada jerawat tersebut.
#13 Baik Pulih Jangkitan Kulat
Campurkan 5 titis minyak Tea Tree, 5 titis minyak Lavender berserta air yang disuling untuk dituam ke bahagian kulit yang mempunyai jangkitan kulat menggunakan bebola kapas.
Pasti kulat yang ada pada sekitar kulit tubuh anda akan mati!
Selamat beramal!