Fesyen, Kecantikan

Lupakan Braces! Ini Senarai Supermodel Ternama Yang ‘Buat Duit’ Guna Jurang Pada Gigi

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Lupakan Braces! Ini Senarai Supermodel Ternama Yang ‘Buat Duit’ Guna Jurang Pada Gigi

Seperti lesung pipit yang merupakan kecacatan di mana ia hanya muncul pada wajah akibat otot zygomaticus utama lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua lalu menyebabkan sedikit lekukan pada pipi, ternyata, kecacatan lesung pipit adalah suatu kecacatan yang indah, begitu juga dengan jurang antara gigi.

Gif -buzzfeed.com
Tengoklah Lindsey Wixson ni, cantik sangat! Gigi jarang pun ya, lesung pipit pun ya. Gif -buzzfeed.com

Mungkin bagi kebanyakkan orang, ‘gigi jarang’ dianggap sebagai sifat yang sangat mengerikan sehingga terdorong untuk memakai pendakap gigi dan sebagainya. Namun, dalam dunia peragaan fesyen, wanita-wanita yang mempunyai jurang antara gigilah sering dianggap berpenampilan menarik dan banyak terlibat dalam kempen, bahkan menjadi muka lembaran fesyen untuk jenama-jenama berprestij seperti DKNY, Fendi, Chanel, Dior dan banyak lagi.

Ini antara supermodel yang mempunyai jurang antara gigi:-

 

#1 Georgia May Jagger

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Anak kepada lagenda rock, Mick Jagger. Senyuman jelita dengan struktur gigi berjurang itu diangkat oleh jenama kosmetik seperti Rimmel dan Macy’s, selain diberi peluang untuk berjalan di atas pentas peragaan jenama fesyen termahsyur seperti Chanel & Marc Jacobs.

 

#2 Lily Aldridge

Foto -thehivemag.com
Foto -thehivemag.com

Siapa yang tidak kenal dengan jelitawan yang sering memeriahkan pentas Victoria’s Secret Fashion Show ini. Sebagai salah seorang angels Victoria’s Secret, Lily mengakui kekurangannya itu sering menjadi kritikan para penyunting foto.

Meskipun jurang antara giginya itu sering diperbaiki dan disunting agar tampak lebih sempurna untuk wajahnya terpampang pada majalah dan papan-papan iklan, Lily tetap berbangga dengan kurniaan itu.”Saya suka gigi saya, dan orang akan tahu itu saya.” jelasnya.

 

#3 Lara Stone

Foto -thefashionography.com
Foto -thefashionography.com

Sering menjadi muka kepada iklan-iklan dan kempen jenama fesyen Calvin Klein. Ramai yang termangu dengan kejelitaannya. Untuk pengetahuan anda lagi, ramai individu yang cuba untuk menjalani prosedur rawatan kosmetik ortodontik untuk mendapatkan gigi seperti si jelitawan Lara Stone ini. Yup! Dan Lara tersenarai sebagai 10 supermodel yang mendapat bayaran paling tinggi.

 

#4 Vanessa Paradis

Foto -models.com
Foto -models.com

Gadis Perancis ini sering menjadi muka kempen bagi jenama H&M dan Chanel. Oleh itu, tiada alasan untuk dia menukar struktur giginya yang berjurang itu. Venessa pernah memberitahu majalah Harper’s Bazaar, “Mengapa saya perlu membaikinya (struktur gigi)? Saya dilahirkan sebegitu”.

 

#5 Lindsey Wixson

Foto -un-fashion.com
Foto -un-fashion.com

Sekali pandang, anda pasti terpana dengan kemanisan gadis kelahiran Kansas yang berusia 22 tahun ini. Meskipun umurnya begitu muda, Lindsey telah diiktiraf oleh kebanyakkan jenama fesyen hebat seperti Miu Miu dan Yves Saint Laurent kerana wajahnya yang unik -mempunyai sepasang mata yang redup, bibir yang mungil, serta gigi berjurang yang menjadikan personaliti dirinya lebih menonjol dari gadis-gadis serta para model lain seusianya. 

“Saya tidak punyai kawan-kawan di sekolah kerana mereka akan mempermainkan saya disebabkan oleh gigi saya.” Walau bagaimanapun, mencari kawan-kawan bukanlah perkara yang sukar lagi untuk dirinya setelah terkenal seperti sekarang.

 

#6 Lili Sumner

Foto -nextmanagement.com
Foto -nextmanagement.com

“Saya beruntung kerana saya bersekolah di sekolah yang mempunyai suasana yang aman damai tanpa sebarang pembulian. Saya tidak pernah dibuli kerana gigi saya. Malah, kakak saya sering memberi motivasi kepada saya dengan berkata bahawa, penyanyi pop Madonna juga mempunyai jurang gigi yang nyata, oleh itu saya tidak pernah menyesal dengan rupa saya. Ia adalah sebahagian dari identiti saya,” jelasnya.

 

#7 Ashley Smith

Screen shot 2012-11-16 at 10.53.52 PM
Foto -pinterest

Sering dibandingkan dengan model Lara Stone, Ashley tabah mengharungi getir hidup sebagai seorang supermodel, ingin menjadi dirinya sendiri dan menghargai rupa parasnya yang asli.

 

#8 Laura Julie

Foto -nextmanagement.com
Foto -nextmanagement.com

Mempunyai jurang antara gigi, namun membuatkan senyumannya bertambah menarik!

Kerjaya model Laura Julie dikelolakan oleh syarikat/agensi pengurusan model yang bukan calang-calang iaitu NEXT Management.

Selain mempunyai wajah berkarakter yang klasik, dirinya masih kelihatan cantik biarpun tidak menggenakan solekan yang tebal pada wajah.

 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *