Setiap kali bulan Ramadhan tiba, kebanyakan rakyat Malaysia tidak sabar untuk menikmati kepelbagaian sajian yang ditawarkan di bazar ramadhan yang dibuka di seluruh negara. Bila dah tiba di sana, mata pasti menjadi rambang melihat pelbagai sajian tempatan yang memikat.
Namun demikian, bagi individu yang peka terhadap pengambilan makanan mereka, minat terhadap sajian kegemaran tradisi ini akan menimbulkan rasa bersalah dalam diri memandangkan mereka tidak mampu mengawal kaedah memasak mahupun ramuan yang digunakan.
Oleh itu, ini Wanista kongsikan resepi Otak-Otak Ikan dan Sayuran Sihat yang boleh anda cuba di rumah.
Bahan-bahan:
- 50g bawang merah, dicincang
- 6 cili merah, dicincang
- 20g bawang putih, dicincang
- 20g kunyit, dicincang
- 2 tangkai serai, dicincang
- 2 tangkai bunga kantan, dihiris halus
- 3 helai daun lima purut, dihiris halus
- 20g lengkuas, dicincang
- 40g kacang panjang, dihiris
- 20g lobak merah, dipotong halus
- 600g ikan tenggiri, dibuang tulang & dipotong kiub
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula
- ½ sudu teh lada putih
- 60ml susu rendah lemak
- 2 telur saiz sederhana, dipukul
- 1 keping daun pisang besar, dipotong kepada kepingan 10x20cm
Cara-cara:
- Kisar bawang merah, cili merah, bawang putih, halia, kunyit, serai, bunga kantan, daun limau purut dan lengkuas ke dalam mesin pengisar sehingga halus.
- Tambah kacang panjang dan lobak merah. Kisar sehingga sebati.
- Tambah kiub ikan tenggiri ke dalam mesin pengisar sehingga campuran menjadi pes. Tambah garam, gulu dan serbuk lada putih.
- Tuang campuran ke dalam mangkuk. Tambah susu rendah lemak dan telur. Kacau sehingga sebati.
- Letak 2 sudu besar campuran ke atas sekeping daun pisang. Tekan ia menjadi tebal separuh cm dan lebar 4cm. Balutkan ia.
- Letak 4 keping otak-otak ke dalam Philips Airfryer pada suhu 180°C selama 7 ke 8 minit sehingga dimasak.
Resipi ikan dan sayur otak-otak oleh Fong Pui Hing dari buku Hearty Meals oleh Philips dan Institut Jantung Negara