Love Bonito, label fesyen highstreet terkemuka di rantau ini baru sahaja melancarkan Modest Wear Collection bersempena dengan sambutan Raya yang bakal menjelma.
Selaras dengan pasaran yang semakin meningkat yang merangkumi gaya peribadi kontemporari, Love Bonito merangka satu garis pakaian yang serba sofistikated dan versatil, direka untuk memudahkan suai padan antara setiap koleksi. Terdiri daripada fabrik ringan merangkumi warna-warna berani, palet kuning dan warna pastel lembut, koleksi ini amat sesuai juga dipakai di luar musim perayaan.
Berpegang teguh kepada DNA jenama mereka, Modest Wear Collection masih mengekalkan trend, gaya malah sesuai untuk semua pelosok wanita Asia. Dari flowy maxi dresses ke wide leg pants, koleksi mengetengahkan ciri kewanitaan tanpa menjejaskan keselesaan dan gaya.
Harga untuk setiap Modest Wear Collection berbeza-beza antara RM115 ke RM240. Pelanggan kini boleh mendapatkan koleksi ini secara atas talian (ww.lovebonito.com) dan butiknya di Mid Valley Megamall (F072A & 072B, Level 1) dari Jun 2016 dan seterusnya.