Silih-berganti, Hari Raya tidak akan menjadi lebih ceria tanpa ditemani komersial yang membawa seribu erti keinsafan dalam diri.
Tidak kurangnya tahun ini, kaca TV anda sekali lagi bakal dipenuhi dengan babak-babak mencuit hati dan menyentuh jiwa yang ditayang melalui iklan-iklan Aidilfitri, sekaligus mengingatkan anda kembali tentang memori-memori lampau yang mungkin pernah anda bersama kaum keluarga mahupun sahabat handai lalui.
Di sini, Wanista senaraikan beberapa iklan Hari Raya terbaru untuk tontonan anda semua.
#1 Samsung Malaysia -SIBERTURAHIM
Berkisarkan tentang ikatan kekeluargaan. Hubungan adik-beradik yang renggang dek pergaduhan bakal bertaut semula setelah sekian lama menjauhkan diri -dipertemukan kembali melalui aplikasi mesej Whatsapp oleh si bapa.
Konflik yang ditonjolkan di dalam komersial ini begitu dekat dengan hati kita. Mungkin anda perlu sediakan tisu sebelum menonton iklan Aidilfitri berjudul ‘Siberturahim’ oleh Samsung Malaysia ini.
https://www.youtube.com/watch?v=h2VJz0VbhnQ
#2 FABER-CASTELL MALAYSIA
Yang ini lagi satu komersial bijak! Watak kanak-kanak nakal yang tidak reti duduk diam apabila menziarahi rumah sanak-saudara mahupun jiran-tetangga ini lazim sekali terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia apabila tibanya sambutan Hari Raya.
Yup! Mungkin anda perlu tonton iklan Aidilfitri oleh Faber-Castell Malaysia ini bagi mencari jalan solusi bagaimana untuk menyelamatkan rumah anda dari serangan kanak-kanak nakal menjelang lebaran nanti 😀
#3 EMAK, AKU BODOH! -PRO Kas
Buat anda yang tidak tahu, PRO Kas adalah sejenis medekasi yang dapat melegakan sakit-sakit otot dan sendi. Pada awalnya, iklan Aidilfitri terbitan PRO Kas ini kelihatan agak klise, namun ia kaya dengan mesej-mesej bermoral, mengingatkan kita kembali kepada asal-usul sebenar diri.
Miskin bukanlah sesuatu yang harus menjadi beban sehingga anda mahu membelakangkan keluarga, lebih-lebih lagi ibu yang melahirkan anda. Mungkin selepas menonton iklan ini, anda akan mulai sedar kerana hidup tak selamanya gagah mendukung kita untuk terus berada di atas.
#4 PULANG -Rizalman For Zalora 2016
Kreatif. Cereka pendek PULANG arahan serta idea pereka fesyen termahsyur tanah air ini sangat memberi erti kepada maksud Aidilfitri itu sendiri.
Seperti yang terdahulu, cereka pendek Aidilfitri 2015 ‘Lara’ lakonan Fauziah Nawi dan Scha Alyahya telah berjaya buat ramai penonton menitiskan air mata. Jika anda nak tahu jalan cerita PULANG secara lebih terperinci yang pasti buat bulu roma anda meremang, jangan segan untuk klik pada butang play video di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=SXJ2CpQHajI
#5 ALLAH LEBIH TAHU – Neelofar Hijab Raya 2016
Konsepnya minimalis namun mampu memberi kesan kepada jiwa manusia yang kian menjauh dari penciptanya.
Dialog yang berbentuk kata-kata doa ini berupaya untuk membawa anda kembali ke pangkal jalan kerana cinta seorang insan kepada insan yang lain itu tidak menjanjikan kebahagiaan, walhal cinta kepada Allah itu adalah lebih utuh dan berkekalan. Namun, percayalah kepada ketentuanNYA kerana DIA adalah sebaik-baik perancang.
Saksikanlah, ALLAH LEBIH TAHU.
#6 MACAM MANA NAK RAYA? -Jakel
Nak sesuatu yang dapat menggeletek jiwa anda? Bila Nabil, Jep Sepahtu dan Aaron Aziz bergabung dalam komersial Aidilfitri 2016 untuk Jakel, pastilah ianya menghiburkan!
Biasalah konflik-konfik di pagi raya, kalau bukan isu yang berkaitan dengan baju raya memang tak sah!
#7 Ali’s Fried Chicken
Berlatarkan sinematik perlawanan bola sepak era 80an.
AMARAN: Jika perut anda sedang berkeroncong menahan lapar sekarang ini, penulis nasihatkan supaya anda tunggu sehingga berbuka dahulu sebelum menonton komersial Aidilfitri Ali’s Fried Chicken 2016 ini.
#8 SOALAN -KS Entourage
Bila anak bersifat kurang ajar dengan ibu, sedikit pun kasih sayangnya tidak berubah. Lumrah manusia, bila dah merempat kesusahan, baru hendak sedar diri.
Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sehingga terlepas pandang akan kesusahan ibu bapa kita. Mungkin filem pendek ini dapat membuka mata dan minda anda. Sama-samalah kita bangkit dari kenaifan diri.
#9 A Scent Holds A Thousand Memories -Kleenex
Bauan adalah seperti magis yang dapat mengingatkan kita kembali kepada nostalgia lama. Jika anda nak raya tahun ini lebih bermakna dan menjadi sbeuah peristiwa yang akan diingati sampai bila-bila, gunalah tisu beraroma macam dalam iklan ni okay?
#10 SEMPURNAKAN RAYA ANDA -Fashion Valet
Dunia dah moden, anda kini tidak perlu bersusah-payah pergi ke gedung-gedung membeli-belah untuk mandapatkan baju raya yang sempurna. Komersial Aidilfitri Fashion Valet ini akan memberikan anda idea paling bernas bagaimana hendak mendapatkan persalinan busana Aidilfitri untuk setiap ahli keluarga secara efisyen!
#11 C&H Air Freshener
Iklan Hari Raya 2016 dari C&H Air Freshener ini sebenarnya ringkas sahaja, tetapi dengan tambahan efek-efek bunyi serta gelagat pelakon di dalam komersial ini tersangatlah mencuit hati! Agak-agak berapa kalilah diorang gelak sepanjang pengambaran iklan ni? hehe Jom tonton!
#12 Watsons -#RayaNiMestiCun
Haruslah… Siapa yang nak berpenampilan selekeh di pagi raya kan? Dah tentulah kita semua hendak CUN! Jom kita sama-sama jadi cun-melecun bersama Watsons Hari Raya nanti!
#13 Telekom Malaysia -Rezeki Yang Dikongsi Lebih Berkat
Iklan ni short dan simple. Sifat Sofea yang pada mulanya menjadi sindiran, tetapi akhirnya memberi keinsafan kepada rakan-rakannya supaya bersama-sama berkongsi juadah kepada mereka yang memerlukan.
Di hari yang mulia ini, semoga amalan berkongsi sentiasa berterusan dan agar ikatan silaturahim sesama insan dapat dieratkan. Rezeki yang dikongsi lebih diberkati.
#14 Tenaga Nasional Berhad (TNB) -#LepasTu
Haha banyaknya ‘TER’ budak ni! Tetapi, banyak mana pun kesalahan yang dilakukan, seteruk mana pun sesuatu kesalahan itu, ianya layak untuk dimaafkan. Kalau anda rindu Lan Pet Pet, boleh tonton iklan ni!
#15 Bank Simpanan Nasional (BSN) -Pengacau Balik Raya
Ha, macam tahun lepas, si Aloy ni excited benar nak sambut Hari Raya pertama sebab baru kahwin dengan isteri pilihannya si Zaitun yang beragama Islam kan? Tahun ni, lain pula ceritanya… Sejak dah ada anak sorang ni, ingatkan perjalanan balik raya lancar aje, tapi lain yang diharap, lain yang jadi!
Walau apa pun, tak rugi untuk tolong menolong, nak nak di bulan yang baik menjelang Aidilfitri ni 🙂 Silaturahim tu penting, walaupun sesama dengan manusia yang tiada ikatan rapat dengan kita.
#15 Mimpikita -The Mimpikita Lebaran Story Continues
Siapa yang tak kenal dengan jenama fesyen Mimpikita ni. Tahun ni, Mimpikita bawakan filem pendek istimewa berkenaan persiapan balik kampung yang ringkas! Jadi, anda tu kalau nak balik kampung sesama adik-beradik tak perlulah bawa baju raya banyak-banyak. Ikut cara Mimpikita ni, boleh mix & match dan kongsi sesama adik-beradik yang lain. Senang! 🙂