Siapa yang tak terpegun dengan penampilan Kate Middleton yang sentiasa tampil menawan dan anggun.
Disebabkan itu, seorang wanita di Amerika sanggup berhabis semata-mata untuk kelihatan seperti Kate Middleton. Empunya diri, Amanda Bell dilaporkan berhabisan sehingga $3,000 bersamaan dengan RM12,000 dalam masa empat tahun ini. Semua itu kerana obsesnya pada Kate Middleton.
“Saya selesa dengan meniru gaya Kate. Malah, saya merasakan gaya kami hampir sama, jadi dengan menirunya nampak normal sahaja pada penampilan saya,” ujar Amanda.
Bukan sahaja pakaian, malah rambut dan juga bentuk tubuhnya dikatakan mirip dengan Kate Middleton.
Wahhh kelas sangat adik ni. Tapi, memang jika diamati mereka seperti pelanduk dua serupa.