Selain merupakan pelindung untuk kaki manusia, kasut juga adalah pelengkap gaya yang akan mempengaruhi transformasi gaya seseorang.
Bukan itu sahaja, trend fesyen sentiasa berubah dan terus berkembang. Hal tersebut tidak terlepas daripada pereka-pereka kasut masa kini yang ingin terus berinovasi. Dari heels, boots, sneakers, termasuklah dengan perincian faux fur muncul di pentas peragaan. Jadi, yang mana satu jadi pilihan?
Jika anda lihat di Instagram, ini antara 5 koleksi sepatu yang menarik minat para penggemar fesyen untuk musim panas.
#Platform Oxfords
Gaya ini menggabungkan dua trend iaitu oxford dan platform, ianya sangatlah selesa dan memberi impak kepada penampilan anda. Lagi satu anda nampak smart dengan platform oxfords. Salah satu kegemaran kami!
#Embroidered Espadrilles
Bukan sahaja selebriti luar negara sahaja yang sukakan stail ini, beberapa selebriti tempatan seperti Elfira Loy, Scha Al-Yahya, Nana Mahazan dan ramai lagi dilihat menggayakan kasut dengan princian sulaman.
Stail kasut ini sering muncul di pentas peragaan dan minggu fesyen baru-baru ini. Sulaman kreatif ditambah memberikan sedikit keunikan serta keseronokkan untuk musim panas.
#Pointed Flats
Lagaknya seperti kasut ballet cuma pointed di depan yang memberi kelainan. Pointed flats boleh disesuaikan dengan apa sahaja outfits yang ada di dalam almari anda.
#Loafer Slides
Sepatu jenis memberikan anda gaya profesional dan pada masa yang sama menawarkan keselesaan. Nampak trendy untuk apa sahaja pilihan outfits.
https://www.instagram.com/p/BGY513ZyryH/
#Mid-Heel Loafers
Loafers jenama Gucci ini merupakan kegemaran ramai dan ianya boleh dikatakan selesa malah membuatkan penampilan nampak lagi kelas. Buktinya, dipakai dari musim ke musim.