Hari ini, dua jenama klasik dan global Amerika Disney x Coach bergabung tenaga untuk menghasilkan koleksi edisi terhad yang menampilkan reka bentuk Mickey Mouse pada rekaan Coach untuk helaian ready-to-wear.
Koleksi ini akan dilancarkan secara eksklusif dalam konsep yang direka khas di butik Coach, Soho, New York dan juga di St. Honore, Paris. Untuk secara atas talian pula pada 17 Jun melalui laman web rasmi coach.com dan di seluruh dunia.
Disney x Coach ini adalah sebahahian daripada siri eksklusif, projek edisi terhad yang meraikan budaya pop Amerika serta memperingati ulang tahun yang ke-75 untuk label berprestij Coach. Personaliti meriah juga menarik Mickey Mouse ditonjolkan di setiap koleksi yang direka khas oleh animator Disney, karya seni yang eksklusif muncul pada setiap t-shirt serta tas tangan signature Coach iaitu Saddle dan Dinky.
“Mickey Mouse adalah salah satu kenangan terawal untuk budaya pop Amerika dan daya tarikan pada watak kartun penuh nostalgia yang menarik dengan sifat memberontak dalam hati, simbol kegembiraan juga kreativiti itu menguatkan lagi perspektif kami untuk membawanya ke Coach,” jelas Pengarah Kreatif, Stuart Vevers.
Untuk mendapatkan koleksi Disney x Coach ini, anda boleh ke laman web rasmi coach.com. Manakala, di Malaysia hanya akan mula berada di pasaran pada 24 Jun di rangkaian terpilih sahaja seperti Coach Pavilion, Suria KLCC, The Gardens Mall, Gurney Plaza dan Imago Mall.