Snickers, salah satu jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia, telah melancarkan Kempen Snickers Menghargai sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang tidak dapat berbuka puasa pada waktunya kerana tuntutan kerja.
Bulan Ramadan yang mulia menekankan kepentingan bersikap prihatin dan berbelas kasihan kepada orang lain. Apabila masa berbuka puasa menghampiri, jutaan muslimin dan muslimat yang bekerja di luar akan berebut pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Namun begitu, masih ramai lagi dalam pekerjaan tertentu (contoh: pengendali plaza tol, jururawat dan doktor, anggota polis, pengamal media) terpaksa menangguh berbuka puasa demi memenuhi tanggungjawab masing-masing. Kempen Snickers Menghargai akan mengutamakan prinsip-prinsip Ramadan ini untuk menarik perhatian masyarakat agar menghargai mereka yang menjalankan tanggungjawab kepada tuntutan kerja serta mengutamakan orang lain ketika bertugas.
Dengan Kempen Snickers Menghargai, Snickers ingin mengingatkan orang ramai agar memberi penghargaan kepada mereka yang bekerja keras tetapi tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga masing-masing sepanjang bulan Ramadan, khususnya mereka dalam pekerjaan yang terpaksa menangguhkan berbuka puasa kerana tanggungjawab kerja.
Untuk membaca lebih banyak cerita yang memberikan inspirasi dan pengalaman mereka, sila layari laman Facebook Snickers Malaysia: www.facebook.com/SnickersMalaysia.